Friday, January 13, 2012

ke sana sini.

dalam bas

Ganzouri Specialist

salam,

nampaknya blog cahaya hati sudah hampir berkulat,
bagi menghilangkan kulat-kulat tersebut, penulis akan menceritakan mengenai lawatan ke klinik2 semalam.

seawal jam 8.20 pagi, berkumpul di hadapan El-Banhawy Hall, dengan suhu 7 darjah celcius.
penulis dan sahabat seperjuangan menantikan bas yang bakal membawa kami semua ke klinik mengikut kumpulan masing-masing.

Kumpulan 1:El Nouzma
Kumpulan 2: Seraya El-Koubba
Kumpulan 3: Mahkama (penulis merupakan ahli kumpulan 3)

rasanya klinik Mahkama adalah yang paling jauh antara ketiga-tiga kumpulan yang dibawa.
Bertemankan seorang tutor Dr Rasya dan Prof Dr Amani. kami pun berlegar-legar di klinik ini bagi menyiapkan tugasan dalam logbook hijau.

~Well Baby Clinic
~Immunization Room
~Health Education Poster
~Family Planning Clinic
~Antenatal Clinic

Akhirnya tercapai impian penulis menyaksikan sendiri baby diberi vaccine.
baby perempuan, berumur 18 bulan. vaccine polio,DPT, MMR, vitamin A (alf-ikut sebutan jururawat bertugas)baby menjerit-jerit, wajah si ibu pula semacam kurang selesa, maaf ya puan, kami datang untuk belajar. hu3.
(Immunization Room)

''kamu pelajar azhar?oo ain shams? silakan2''
ucap seorang bapa tatkala kami perlu masuk untuk perhatikan cara jururawat menimbang berat dan mengukur tinggi pasangan kembar berumur 18 bulan,
''kamu tahu bahasa arab? oo sedikit2.''
seperti keadaan semasa sesi imunisasi, kanak-kanak kecil itu menangis kuat. hu3. 







gambar ini hasil dari kunjungan ke bilik kaunseling bahagian Family Planning.
Dr sangat baik, banyak beri penerangan.^_^
ada condom, IUD, progestin hum. ^_^

hum, pertama kali juga tengok sijil kelahiran warga negara mesir, tidaklah sebesar mana,
warna hijau.(macam bank draft?)
kad antenatal sini, biru untuk bayi lelaki, merah jambu untuk bayi perempuan.
kad yang dimiliki sejak lahir, sehinggalah berumah tangga, mempunyai anak sendiri.
kad itu seperti digunakan sepanjang hayat pula kan? ^_^
comel.



beberapa hari yang lepas juga, sebenarnya penulis dan rakan-rakan berpeluang berkunjung ke ward geriatric (untuk warga emas).
bersama Dr Wafaa, kami diberi taklimat oleh seorang pakar di wad ini. diberi contoh bagaimana merawat warga emas, kepentingan wad ini.hati kami terusik mendengar luahan seorang pakcik tua,

''sudah lama tidak ada orang yang melawat pakcik di sini" sambil tersenyum. prof mengatakan bahawa pakcik tersebut mengalami depression. (mini-mental test).
seorang makcik tua di katil sebelahnya pula daripada posisi baring, terus duduk melihat bilangan kami yang ramai ketika diberi taklimat.beliau memerhatikan kami sambil tersenyum sehinggalah kami semua beredar.

semasa sibuk mendengar taklimat, seorang warga tua yang dirawat di situ menghembuskan nafasnya yang terakhir. mayatnya di sorong di celah2 kami yang ramai. seorang pakcik di katil belakang pula mengerang kesakitan. kedengaran suaranya. mungkin isterinya sedang memegang tangannya. duduk, berada di sisinya.subhanallah.hu3..


Allah tidak jadikan sesuatu peristiwa itu, cuma untuk kita perhatikan, malah untuk kita ambil pengajaran, melakukan sesuatu.
semoga diri ini dan semua dapat menjaga ibu dan ayah sebaiknya di hari tua mereka kelak, insyaAllah amin.

doakan kami semua berjaya di dunia dan di akhirat juga. ^_^


insyaAllah.





p/s: ada sesi kunjungan ke klinik buat kali kedua pada hari esok. heee. seronoknya. ^_^

No comments:

Post a Comment