Sunday, April 24, 2011

borang MM


teringat buku biografi pemberian ayah dulu, ibu sina, az-zahrawi, imam syafie.
impian ayah buat anak ayah ini.
hum..(:
mumtaz untuk umat.insyaAllah azam tahun ni begitulah.

ayah..pernah sebut tentang ini kan, insyaAllah..
mungkin jalan kakak di sini, semoga Allah permudahkan semuanya ayah.
(:

ibu ayah redhakan anakmu ini selalu, kakak sayang ibu ayah. ^_^

Monday, April 18, 2011

bersyukur

salam alaik,
setiap kali mengunjungi pusat itu ct dan kawan-kawan pasti akan mendapat pengajaran yang sangat berharga di samping persiapan yang rapi untuk menghadapi imtihan tahun ini.
buat pertama kalinya ct akan berkongsi pengalaman ct dengan semua. 
hari ini, prof kata pada ct dan kawan-kawan, apabila penyakit itu tahap chronic dan mempunyai worst prognosis among all type, Allah jadikan incident penyakit tersebut paling sedikit (contohnya penyakit Hodgkin's lymphoma-Lymphocytic depletion type).

sungguh hikmah mengambil course ini membuatkan ct dan kawan-kawan hamba Allah yang lebih bersyukur dan sentiasa beringat dengan kekuasaan Allah, kerana tidak semua penyakit itu mempunyai penjelasan yang terperinci tentang kesembuhannya. Prof ct menceritakan pengalamannya mengubati pesakit yang pada mulanya beliau diagnose Hodgkin's Lymphoma ( painless non tender enlarge lumph nodes,Pel-Ebstein fever, anemia, loss of weight, itching). 

Namun dengan kuasa Allah juga pesakit itu sembuh dengan perawatan biasa.Pengajarannya di sini adalah walaupun kita mempunyai semua pengetahuan sekalipun, kita harus sedar manusia itu masih lemah.Allah yang menurunkan penyakit, maka Allah jugalah yang menariknya semula. 

Hari ini ada imtihan protozoa. Doakan ct dan kawan-kawan full mark, insyaAllah, amin (:

p/s: pada post kali ini ct penggunaan bahasa agak kucar-kacir, tidak mahu menterjemah istilah perubatan ke bahasa melayu terlalu banyak, khuatir maksudnya berlainan. (:

Friday, April 15, 2011

terlebih makan

ini bukan masalah, ini cuma perasaan yang wujud kerana diri ini tidak cukup kuat mengatasinya.
Akibat buruk daripada perasaan ini adalah dengan sarapan melebihi dari jumlah yang sepatutnya. (ayam goreng dua ketul, sosej goreng juga dalam kuantiti yang sama, tidak lupa juga mayonis).
Pesanan pada diri sendiri, janganlah melepaskan tekanan dengan makan, lupa kah pada hadis baginda Rasul S.A.W..
''tiga perkara yang mewarisi keras hati adalah suka tidur, suka rehat, suka makan''.
 sudahlah tekanan tak sudah, mahu lagi keras hati?

Thursday, April 14, 2011

adab-adab menuntut ilmu

1- niat yang ikhlas mencari keredhaan-Nya
2-sentiasa tekun usaha,setelah itu tawakal kepada Allah.
3- menjauhi maksiat 
4-memilih teman yang soleh/solehah
5-banyakkan zikrullah (cuba istiqamah walau sedikit)
6-menjaga kehormatan diri
7-doa dan keredhaan ibu ayah
8-hormati guru dan sentiasa mendoakan mereka
9-beramallah dengan ilmu yang diperolehi 

^_^

cukup ramai sahabat yang akan menghiraukan post ini.Namun begitu tepuk dada, tanya diri, adakah diri kamu mengamalkan perkara-perkara di atas? sekadar mengingatkan akal dan hati yang lalai dengan urusan dunia yang memenatkan, urusan dunia tidak akan pernah habis. Secara kasarnya, kita yang akan 'habis'.
^_^