Monday, April 18, 2011

bersyukur

salam alaik,
setiap kali mengunjungi pusat itu ct dan kawan-kawan pasti akan mendapat pengajaran yang sangat berharga di samping persiapan yang rapi untuk menghadapi imtihan tahun ini.
buat pertama kalinya ct akan berkongsi pengalaman ct dengan semua. 
hari ini, prof kata pada ct dan kawan-kawan, apabila penyakit itu tahap chronic dan mempunyai worst prognosis among all type, Allah jadikan incident penyakit tersebut paling sedikit (contohnya penyakit Hodgkin's lymphoma-Lymphocytic depletion type).

sungguh hikmah mengambil course ini membuatkan ct dan kawan-kawan hamba Allah yang lebih bersyukur dan sentiasa beringat dengan kekuasaan Allah, kerana tidak semua penyakit itu mempunyai penjelasan yang terperinci tentang kesembuhannya. Prof ct menceritakan pengalamannya mengubati pesakit yang pada mulanya beliau diagnose Hodgkin's Lymphoma ( painless non tender enlarge lumph nodes,Pel-Ebstein fever, anemia, loss of weight, itching). 

Namun dengan kuasa Allah juga pesakit itu sembuh dengan perawatan biasa.Pengajarannya di sini adalah walaupun kita mempunyai semua pengetahuan sekalipun, kita harus sedar manusia itu masih lemah.Allah yang menurunkan penyakit, maka Allah jugalah yang menariknya semula. 

Hari ini ada imtihan protozoa. Doakan ct dan kawan-kawan full mark, insyaAllah, amin (:

p/s: pada post kali ini ct penggunaan bahasa agak kucar-kacir, tidak mahu menterjemah istilah perubatan ke bahasa melayu terlalu banyak, khuatir maksudnya berlainan. (:

No comments:

Post a Comment