Tuesday, March 27, 2012

sons and daughters

Salam, nampaknya penulis blog cahaya hati menghadapi masalah writer’s block. Hehe. Mungkin juga disebabkan kesuntukan masa menghadiri kelas di universiti, maka kurang berkesempatan untuk menulis sepatah dua dalam blog tersayang.

Apa pun seceria sinar mentari di perkarangan fakulti perubatan ain shams, tidak mampu menyembunyikan mendung di hati penulis.Tatkala hati mengenangkan setiap detik yang beredar tadi, membuatkan diri ini tertanya-tanya, benarkah? Betul kah hari ini hari terakhir kuliah untuk subjek forensic and clinical toxicology, subhanallah, ya Allah, begitu pantas masa berlalu.

Kuliah terakhir berkaitan dengan etika perubatan, disampaikan sebaiknya oleh Prof Dr ahmed Khalil el Sigini.
Rasa tidak puas mendengar kuliah beliau, terlalu banyak pengajaran diberi,membuatkan hati ini tersentuh, dekat dengan pencipta. Alhamdulillah.


"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi" (H.R Bukhari dan Muslim)
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."


Suasana dewan kuliah senyap seketika mendengar hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Seorang doctor itu mestilah menyayangi  diri, sahabat, pesakit dan masyarakat sekitarnya. 

Seorang doctor itu juga, mestilah beri rawatan yang terbaik buat pesakitnya. Hal yang demikian, pesakit yang kita rawat itu, mungkin ada di antara mereka adalah seorang ayah, ibu, kakak, abang, adik. Jika kita buat sebaiknya untuk melindungi mereka, Allah juga akan melindungi keluarga kita, insyaAllah.

‘’You are the best man after Prophet and other religious persons, so you, as doctor must work hard, do everything in the best way’’

Apa yang membezakan seorang dr dan tukang besi/pembunuh upahan adalah ilmu perubatan, sijil, dan lesen. Jadi apa pun seorang dr mestilah menggunakan ilmunya dengan sebaik mungkin!

‘’takkanlah depan pesakit kamu menggeliat, bila perlu ke rumah mereka, kamu puji-puji,wah cantiknya baju ni, di mana kamu beli?’’

‘’jangan ambil upah untuk sesuatu yang kamu tidak lakukan, walaupun kamu yang usulkan supaya sahabat kamu yang merawat pesakit tersebut.

‘’For a doctor, the last thing for them to remember is exams, marks.You are here for the knowledge, you are willing to learn from the best, to be the best, you need to learn from the best.’’

Dr khalil juga memaklumkan pada semua bahasa negara yang memiliki teknologi terapi genetic terbaik adalah negara Israel. (negara?) Terdetik di sanubari, ya Allah semoga sinar Islam kembali menyinar, moga diberi kemenangan.

Do not terminate life, that is not your job, your spirit is from Allah. Allah give it to you. Allah is the one who will take it back.(euthanasia is forbidden).

I hope all of you will become great doctors in the future. insyaAllah.
Terharunya, rupanya detik itu telah tiba, terpandang nota pemberian dr khalil,
(to my sons and daughters, El-Sigini, A)


Dr Yasser Fouad, terima kasih dr. banyak bantu kami, terutamanya kumpulan M3,M4.
manisnya apabila terkenang saat semua ahli kumpulan duduk bersama, bincangkan case, ada juga yang mendapat hadiah coklat. ^.^

ya Allah, semoga guru-guru kami sentiasa dalam rahmatMu,
ya Allah, kekalkan ukhuwah kami hingga ke syurgaMu.

bersama Prof Dr Yasser Fouad