Monday, January 28, 2013

merayau winter




Alhamdulillah! Berkesempatan menyertai lawatan ke piramid serta kawasan sekitarnya. Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas di metro demerdash. (bas berwarna oren yang sangat comel ^o^).



Perhentian pertama, adalah di Saqqara. Setibanya kami di kawasan ini, anak mata di jamu dengan kawasan padang pasir yang tidak bertepi, subhanallah. Malah jarak antara kawasan piramid juga sangat luas. Kawasan terletak di antara tanah subur di delta sungai nil dan kawasan oasis. Kami difahamkan di kawasan oasis terdapat penduduk arab Badwi. Mereka menjaga kawasan ini, sekaligus memberi perkhidmatan menunggang unta, keldai, menjual cendera kenangan serta menjaga kawasan piramid. 


Tidak semua piramid mempunyai bentuk yang sama. Piramid Raja Joser dinamakan Piramid Step kerana mempunyai rekaan seakan-akan anak tangga menuruni binaan piramid.Arkitek bagi piramid ini adalah Imhotep.Teringat kenangan bersama keluarga di Malaysia sewaktu menonton filem ‘The Mummy’ dan ‘The Mummy Return’. Subhanallah akhirnya semua berada di depan mata. :’)


(piramid step sedang dibaik pulih huhu)







Kami juga memasuki Amon Ray Temple. Wah!  ^o^

hieroglif



Di kejauhan kelihatan patung Sphinx yang sangat besar, umpama seekor kucing di tengah padang pasir. Comel. =3

Patung Sphinx ini telah kehilangan hidung kerana pada zaman sebelum masihi, terdapat golongan yang beriman kepada Allah namun menyembah patung ini. Hal ini mendatangkan kemarahan kepada seorang wali Allah. Wali Allah itu telah melemparkan batu ke bahagian hidung Sphinx itu, bagi memberi peringatan kepada mereka tentang kekuasaan Allah.


Janggut Sphinx ini pula telah ditempatkan di muzium untuk tatapan pengunjung.  ^o^


Pada perhentian kedua, kami ke kawasan Dahshour. Di sini terletaknya Piramid Bent yang dibina pada zaman pemerintahan Raja Besar Snefru(2680-2656M),dinasti ke empat. Piramid Bent berbentuk rhomboid. Hal yang demikian piramid bent dibina pada ketinggian 48m dengan sudut 54 darjah. Namun begitu, mereka menyedari yang binaan piramid ini tidak begitu stabil lalu mengubahnya ke sudut 43 darjah. Beberapa tahun kemudian, Raja Snefru  membina piramid kedua iaitu Piramid Merah. Piramid Merah merupakan piramid pertama  dibina dengan sempurna.




Alhamdulillah, semua peserta rombongan berpeluang untuk masuk ke dalam piramid merah dan melihat sendiri makam, catatan-catatan purba yang terdapat di dalamnya. Di bahagian atas piramid terdapat satu lubang Cahaya akan memancar daripada lubang ini pada waktu tertentu pada setiap tahun. Hebatnya ilmu astronomi pada zaman tersebut. Di sisi atapnya pula terukir bentuk bintang, menandakan kehidupan selepas mati raja mesir. Mereka akan menjadi bintang yang menghiasi langit malam. Jumlah bintang yang mewakili mereka menandakan keagungan mereka sebagai pemerintah.

The Red Pyramid


The Bent Pyramid


Selepas menjamu selera dan menunaikan solat, semua peserta memasuki muzium terbuka Memphis. Hati ini terpukau dengan saiz patung Raja Ramses II yang sangat besar(10meter). Wah!! Cepat sahaja dua tangan ini mencapai patung tersebut. Semuanya bagaikan mimpi.Ukirannya sangat halus, menggambarkan kehebatan tokoh pemerintah ini. Subhanallah. ^o^




Raja Ramses II dikatakan mempunyai ramai anak, serta hidup sehingga berumur 90 lebih tahun. Nikmat yang berikan ini mendatangkan rasa kufur dihatinya.




Patung Alabaster Sphinx mempunyai bentuk yang hampir  sama dengan patung sphinx di Giza. Patung ini dibina daripada batu calcite. Penduduk pada zaman dahulu menggambarkan patung ini mempunyai kuasa berkaitan dengan matahari. (Tuhan Matahari? =3)



google image








Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memerhatikan bagaimana akibat(yang di derita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka(sendiri) dan telah mengolah bumi(tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.'' (Ar-Rum : 9)

Semoga lawatan ini dapat mendekatkan diri kami kepadaMu ya Allah.

Ya Allah semoga rasa syukur sentiasa subur dalam hati-hati kami.

Redhai setiap langkah kami ya Allah.

:)




Saturday, January 19, 2013

Bercerita




Dengan rahmat dan kasihMu berdeguplah jantung ini, Sampai suatu ketika,Kau rezekikan hambaMu ini mendalami ilmu mengenainya.Prof Osama Diab, Prof Saneh Sabet, para ilmuan yang hebat.  Subhanallah, masih berkira-kira layakkah diri ini. Bantu kami dalam meraih redhaMu ya Rab. Kau tetapkan hati-hati kami di jalanMu.

Keliru,  Allah lebih mengetahui yang terbaik buat diri ini.

Bersungguh-sungguh!

Tanda yakin dengan janji Allah.

Cardiology round in less than two weeks, doakan kami!

semoga dipermudahkan. 



Keep going!
^^