Alhamdulillah!
Berkesempatan menyertai lawatan ke piramid serta kawasan sekitarnya. Kami
memulakan perjalanan seawal pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas di metro demerdash.
(bas berwarna oren yang sangat comel ^o^).
Perhentian
pertama, adalah di Saqqara. Setibanya kami di kawasan ini, anak mata di jamu
dengan kawasan padang pasir yang tidak bertepi, subhanallah. Malah jarak antara
kawasan piramid juga sangat luas. Kawasan terletak di antara tanah subur di
delta sungai nil dan kawasan oasis. Kami difahamkan di kawasan oasis terdapat
penduduk arab Badwi. Mereka menjaga kawasan ini, sekaligus memberi perkhidmatan
menunggang unta, keldai, menjual cendera kenangan serta menjaga kawasan
piramid.
Tidak semua piramid mempunyai bentuk yang sama. Piramid Raja Joser dinamakan Piramid Step kerana mempunyai rekaan seakan-akan anak tangga menuruni
binaan piramid.Arkitek bagi piramid ini adalah Imhotep.Teringat kenangan
bersama keluarga di Malaysia sewaktu menonton filem ‘The Mummy’ dan ‘The Mummy
Return’. Subhanallah akhirnya semua berada di depan mata. :’)
(piramid step sedang dibaik pulih huhu)
Kami juga memasuki
Amon Ray Temple. Wah! ^o^
hieroglif |
Di kejauhan
kelihatan patung Sphinx yang sangat besar, umpama seekor kucing di tengah
padang pasir. Comel. =3
Patung Sphinx
ini telah kehilangan hidung kerana pada zaman sebelum masihi, terdapat golongan
yang beriman kepada Allah namun menyembah patung ini. Hal ini mendatangkan
kemarahan kepada seorang wali Allah. Wali Allah itu telah melemparkan batu ke
bahagian hidung Sphinx itu, bagi memberi peringatan kepada mereka tentang kekuasaan
Allah.
Janggut Sphinx
ini pula telah ditempatkan di muzium untuk tatapan pengunjung. ^o^
Pada perhentian
kedua, kami ke kawasan Dahshour. Di sini terletaknya Piramid Bent yang dibina
pada zaman pemerintahan Raja Besar Snefru(2680-2656M),dinasti ke empat. Piramid
Bent berbentuk rhomboid. Hal yang demikian piramid bent dibina pada ketinggian
48m dengan sudut 54 darjah. Namun begitu, mereka menyedari yang binaan piramid
ini tidak begitu stabil lalu mengubahnya ke sudut 43 darjah. Beberapa tahun
kemudian, Raja Snefru membina piramid
kedua iaitu Piramid Merah. Piramid Merah
merupakan piramid pertama dibina dengan
sempurna.
Alhamdulillah,
semua peserta rombongan berpeluang untuk masuk ke dalam piramid merah dan
melihat sendiri makam, catatan-catatan purba yang terdapat di dalamnya. Di bahagian atas piramid terdapat satu lubang Cahaya akan memancar daripada lubang ini pada waktu tertentu pada setiap tahun. Hebatnya ilmu astronomi pada zaman
tersebut. Di sisi atapnya pula terukir bentuk bintang, menandakan kehidupan
selepas mati raja mesir. Mereka akan menjadi bintang yang menghiasi
langit malam. Jumlah bintang yang mewakili mereka menandakan keagungan
mereka sebagai pemerintah.
The Red Pyramid |
The Bent Pyramid |
Selepas menjamu
selera dan menunaikan solat, semua peserta memasuki muzium terbuka Memphis.
Hati ini terpukau dengan saiz patung Raja Ramses II yang sangat besar(10meter).
Wah!! Cepat sahaja dua tangan ini mencapai patung tersebut. Semuanya bagaikan
mimpi.Ukirannya sangat halus, menggambarkan kehebatan tokoh pemerintah ini. Subhanallah.
^o^
Raja Ramses II
dikatakan mempunyai ramai anak, serta hidup sehingga berumur 90 lebih tahun.
Nikmat yang berikan ini mendatangkan rasa kufur dihatinya.
Patung Alabaster
Sphinx mempunyai bentuk yang hampir sama
dengan patung sphinx di Giza. Patung ini dibina daripada batu calcite. Penduduk
pada zaman dahulu menggambarkan patung ini mempunyai kuasa berkaitan dengan
matahari. (Tuhan Matahari? =3)
google image |
Semoga lawatan ini dapat mendekatkan
diri kami kepadaMu ya Allah.
Ya Allah semoga rasa syukur
sentiasa subur dalam hati-hati kami.
Redhai setiap langkah kami ya
Allah.
:)
Wah2!Bestnya berjalan-jalan..kakak pun x lama lagi g sinai..hehe.doakan perjalanan kakak k. :)
ReplyDeletehehe yup!!! best kak!!insyaallah kak d doakan perjalanan penuh barakah.. moga Allah permudahkan sumanya (^_^)
ReplyDelete