Alhamdulillah round pediatric
telah melabuhkan tirainya. Beberapa hari lepas, rakan-rakan seperjuangan
Gen8ASU telah menghadapi peperiksaan OSCE exam . Pelbagai pengalaman menarik
dilalui sepanjang round ini.
Terutamanya apabila perlu
menghadirkan diri ke wad kecemasan kanak-kanak pada setiap minggu.Mata hati ini
tersentuh melihat kecekalan para doctor mengawal keadaan wad kecemasan yang
agak kucar kacir.
Apabila masalah kecemasan melibatkan anak kecil, para doctor
terpaksa menghadapi dua golongan, iaitu ibu bapa dan pesakit itu sendiri.
Mereka juga perlu menjawab persoalan ibu bapa yang bertubi-tubi.
Pesakit kanak-kanak yang begitu
kecil tidak mampu menerangkan sakit mereka, hanya mampu menangis, merengkot
kesakitan. Oleh itu, patient’s history bergantung sepenuhnya pada ibu bapa.
Dalam keadaan ini, setengah pihak
akan menyalahkan ibu bapa, kerana menyebabkan kesesakan di wad kecemasan. Hal
ini menyebabkan para doctor mendakwa mereka tidak mampu menjalankan tugas
dengan baik. Namun begitu, cubalah kita meletakkan diri kita di tempat ibu bapa
pesakit. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memudahkan urusan mereka,
melegakan resah hati mereka.
Dari Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda :
“Barang siapa
melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan
melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan
(mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan
akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup
aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba
itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim)
Alhamdulillah, pada masa akan
datang, diri ini bersama rakan-rakan seperjuangan mampu bekerjasama memudahkan
urusan rawatan pesakit pada setiap hari.
Peluang di hadapan mata? Perlu
dirangkul seerat-eratnya! Apalah erti hidup ini, jika bukan untuk memberi,
semua pada diri ini adalah milik pencipta.
Lawatan ke pediatric NICU menyebabkan
diri ini berfikir tentang pengorbanan ibu ayah. This patient has
tracheoesophageal fistula, feeds on tubes. Doctor, why do you tie up her leg?
To keep her comfortable, as she got lots of canula, tubes, monitor patch on her
body. Doctor, why do put cannula on her head? @_@ (imagine a baby with a small
cannula on her head, yep, on her head, like a unicorn). Her veins could
collapse, so it’s easier to have cannula on her scalp vein.
Seorang pesakit osteosarcoma
datang ke ER bersama ibunya kerana demam. Dia kelihatan sedang menjalani pemindahan darah, Namun hati ini tertanya-tnya sebab bau darah menusuk ke hidung. Hal ini
terjawab tatkala pesakit dalam proses pemindahan ke unit oncologi hospital. Kaki pesakit dari paras lutut ke bawah tertusuk rangka besi, kelihatan
tempat tusukan kemerah-merahan. Ibunya kelihatan bersusah payah mengangkat
anaknya ke stretcher. Ya Allah, terkenang pengorbanan ibu tercinta, ibu..
ibu..Kerdilnya hambaMu ini, hanya mampu memerhatikan mereka berlalu pergi.
Perlu bersungguh-sungguh, bukan hanya memerhati!
Genggaman tangan dieratkan, moga diberi kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan kelak
Genggaman tangan dieratkan, moga diberi kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan kelak
Penulis serta rakan-rakan juga
berpeluang mengikut 11th International ESPHO (Egyptian Society of
Pediatric Hematology and Oncology) Congress, Blood and Bone Marrow Diseases of
Children and Adolescents; Genetics and Beyond, bertempat di Landmark New Cairo
Hotel.
Konferens ini berlangsung selama
dua hari dan membentangkan pelbagai kajian yang menarik. Salah satu yang
menarik perhatian penulis adalah ‘effect on delayed cord clamping on iron
status at 3-5 months in terms neonates held at the level of maternal pelvis,
RCT’’-Prof M,M Al-Tawil.
Direct cord clamping is within 15
seconds, while delay cord clamping is within 3 minutes. Delayed cord clamping
allows larger placental iron transfusion to the newborn.
Either caesarean or vaginal
delivery, can it really improve iron status? Yes it improves iron reserve for 6
months early life, reduces hyperbilirubinemia, increase birth weight, and
prevents polycythemia. Subhanallah, with just few minutes’ differences, doctors
are able to help children survive their first six months of life.
Menarik bukan? Perbezaan yang
begitu sedikit memungkinkan kanak-kanak terselamat daripada komplikasi kesihatan
yang boleh meragut nyawa. Selain itu, terdapat juga kajian mengenai
langkah-langkah awal mengatasi strok
kepada pesakit thalessemia intermedia (TI).
‘’Is it time for prophylaxis
against stroke in Thalessemia Intermedia(TI) patient?’’-Rasha Rady, Cairo
University. Patient with TI can be under diagnose as they can be asymptomatic. So
patient can be presented to the ER with stroke in a very young age. This is due
to their hypercoagulable state. However it is difficult to assess stroke as
imaging will show normal findings plus minor change in EEG reading .In
conclusion, it is essential to diagnose TI early and assess stroke even in
young children.
Penemuan-penemuan yang begitu
hebat, terasa sungguh kerdil diri ini, terlalu sedikit disumbangkan untuk
Islam. Cari kekuatan, ikhtiar, buktikan dengan kejayaan!
Seterusnya round psychiatric, bakal
terukir sejarah baru dalam kehidupan ini. Semoga dipermudahkan segalanya,
menjadi para doctor yang hebat! Amin. (^_^)
No comments:
Post a Comment