Friday, December 16, 2011

kerana hati


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin

Tuesday, December 6, 2011

yang dicari





assalamualaikum.

penulis dan kawan-kawan diberi cuti selama dua hari sempena pilihan raya mesir. alhamdulillah pilihan raya kali ini berlangsung dengan aman dan teratur. semoga parti islam mesir memperoleh kemenangan. semoga cahaya islam semakin begemerlapan di bumi ardul kinanah ini.

kalau pun bukan kerana intikhobat, baru-baru ini umat islam seluruh dunia digalakkan untuk berpuasa sunat hari tasua' dan hari asyura. kemeriahannya terasa sebab dapat bersahur bersama rakan-rakan(kejutkan awal pagi. hehe). sementara pada waktu petangnya bersama-sama memasak untuk iftar jamaie di surau. kerja potong-potong, kelim-kelim karipap, goreng cucur kurma menjadi ringan, tidak dilupakan seperiuk besar bubur istimewa. ^^

setelah berbuka dengan kurma dan segelas air teh susu, berjemaah waktu maghrib di surau, menunggu waktu selepas isyak untuk makan bubur seperiuk besar. hehe.waktu terluang itu digunakan penulis untuk mencari bahan bacaan di surau. rehat sambil membaca. santai. ^^. terjumpa satu buku yang menarik. tajuknya mencari ketenangan jiwa.(K.H Abdullah Gymnastiar).

walaupun belum habis membacanya hati rasa gembira. nasihat di dalamnya disampaikan dalam karangan yang mudah difahami dan menarik.

''tidakkah kau lihat langit biru dengan awan berarak seputih kapas disulam oleh burung-burung amatlah indah.atau engkau saksikan lereng bukit teramat indah, atau taman bunga yang aneka warna merekah dengan harum semerbak teramat indah. atau kau dengar suara cengkerik bersahutan teramat indah.mengapa hati yang satu-satunya ini harus kita isi dengan kebusukan?(hamka)
'

''sungguh beruntung bagi wanita solehah  di dunia ini. Ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. kalau ia meninggal dunia, maka Allah akan menjadikannya bidadari di akhirat nanti. ''

''bila kita melihat  seorang pelajar yang baik akhlaknya dan tutur katanya senantiasa sopan, maka dalam bayangan kita tergambar diri seorang yang telah mendidik dan membimbing anaknya menjadi manusia yang berakhlak.''

''alangkah indahnya jika seorang ibu berjerih payah sehingga anak-anaknya menjadi cahaya bagi umat, penerang orang-orang yang berada dalam kegelapan, menjadi penyejuk kepada hati-hati yang gersang, menjadi penuntun bagi orang-orang yang tersesat.InsyaAllah, pahalanya akan mengalir pula kepada sang ibu.''

''wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya berupa iman runtuh. dia juga sangat memperhatikan kualiti kata-katanya.Ia sangat menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi.''

''Dia sedar bahawa kemuliaannya bersumber dari kemampuannya menjaga diri(iffah).''

''orang yang berani membuka kekurangan orang lain itu biasa. orang yang berani membincangkan orang lain itu tidak istimewa.sebab itu boleh dilakukan orang yang tidak punya apa-apa sekalipun.tapi kalau ada orang yang berani melihat kekurangan diri sendri, bertanya tentang kekurangan  diri sendiri, lalu bertanya tentang kekurangan itu secara sistematik, itulah yang luar biasa.''


hum. menarik kan? ^_^

perlu habiskan dalam tempoh cuti juga. hee. ^^

baca buku ini hati jadi sangat rindu dengan ibu tercinta. mudah-mudahan Allah jaga ibu selalu.
kakak sayang ibu. ^_^
rindu ibu ayah adik2. <3

kebenaran ada di mana pun, jika ikhlas hati mencarinya, pasti akan bertemu Allah yang Esa.
(yang dicari, nazrey johani)

Tuesday, November 29, 2011

muslimah.



 

assalamualaikum. 
comel kan cover album di atas ni? sebenarnya ini bukanlah album terbaru. rasanya keluaran tahun lepas. bukan tujuan untuk promote, cuma hati penulis rasa gembira dengar lagu-lagu dalam album ini. ^_^

hum, macam mana ya, sebab, masa kecil-kecil dulu, ibu ayah adik-adik suka dengar lagu raihan sama-sama.
sampai sekarang pun sama juga, walaupun da lama kan.rindunya pada ibu ayah adik-adik.moga Allah jaga ibu ayah adik-adik selalu. ^_^

oh ya, dalam album ni ada lagu kegemaran penulis yang lama. i'tiraf. yang dalam filem syukur 21 ^_^ 
track 1 album ni buat penulis teringat dengan adik penulis yang berumur 5 tahun. bobo da besar jadi anak yang baik tau. mmm. rindu. nanti kak balik bobo masih mau patung unta ka.hehe. comel.

baru-baru agak sibuk sebab prep untuk end-round clinical exam. pergi exam sama-sama dengan kawan-kawan sabah. lapan orang. alhamdulillah semua berjalan lancar. balik dengan selamat. walaupun rusuhan berlaku, tempat exam dalam keadaan baik,para doktor membantu semasa exam. gembira. senyum gelak tawa. bila difikirkan semula, pulang tanah air nanti mesti akan rindu para  profesor, semua baik hati. sayang pada pelajarnya. tengah-tengah jalan tanya soalan pun dijawab dengan baik,balas email pelajar, ''kalau kamu ada masalah yang tidak berkaitan dengan perubatan pun kamu boleh beritahu saya''Dr Hossam,''you have to concentrate more, get enough sleep tonight, you'll do well tomorrow'' Dr Saad.Mungkin suasana fakulti perubatan di tanah air akan berbeza. semoga suasana sebegini dapat diterapkan di tanah air. 

walaupun perjalanan menuntut ilmu itu payah, Allah janjikan kejayaan bagi mereka yang tabah dan sabar menghadapinya. bila menghadiri kelas profesor di fakulti, penulis tersentuh sebab cara mereka mengajar menggambarkan cinta mereka terhadap ilmu. setiap ilmu yang disampaikan adalah.ilmu Allah,dengan memilikinya maka bertambahlah rasa cinta kita kepada Allah. waaa. ^,^ 

entah mengapa semalam rasa ''down'', rasa tidak yakin itu datang semula.rasa diri tidak punya kelebihan, rasa kekurangan, bila difikirkan, kawan-kawan ada yang pandai bermain alat muzik, memasak kek(rancang buka bakery selepas habis belajar) perancangan penulis masih lagi kabur-kabur. bukan niat mahu dapat kemahiran begitu, cuma rasa tidak tahu apa sebenarnya kelebihan diri.  namun di saat diri ragu-ragu, rasa 'down' kawan-kawan menemani, terima kasih semua. penulis berkata dalam hati, biarlah diri tidak ketahui perkara ni, biar semangat terus berusaha  bersungguh-sungguh itu subur dalam diri.rasa kekurangan itu membawa kepada usaha yang luar biasa insyaAllah. jangan pernah putus asa, ingat janji Allah pada mereka yang bersunnguh-sungguh. doa dan tawakal selalu itu penting. ^_^

course COMMUNITY MEDICINE bermula 4/12/2011-26/1/2011. semoga tempoh ini digunakan dengan sebaiknya. ramai yang berkata subjek ini bosan, lecture pun bosan, macam mana ya ubah persepsi ini? insyaAllah boleh. ulang kaji selalu.buat yang terbaik, itu cuma pendapat orang, jangan dijadikan mind-set.
kita boleh berkawan dengan sesiapa pun, dengar pendapat sesiapa pun, cuma kita tidaklah menjadi seperti mereka. malah jika mereka mempunyai kekurangan, atas dasar sayang pada sahabat itulah kita betulkan mereka secara perlahan-lahan. ingat berkasih kerana Allah itu membawa ke syurga. ^_^



moga bermanfaat, doakan penulis dan sahabat cemerlang, doakan ya?,
jangan lupa dengar lagu tu ok? heee. 
salam. ^_^

p/s: track 2 dalam album ni berjudul ''muslimah''. lagu kegemaran penulis ^_^





 

Wednesday, November 9, 2011

world class doctors in action ^_^










tadaa!! ^^

salam, inilah antara memori yang sempat dirakamkan dengan kamera hp sony pemberian ayah tercinta. 
ct pergi ke sana(I-medik roadshow, bertemakan world class doctors in action!) bersama dengan senior dan junior sabahan juga. senior cairo, junior zagazik. ^_^
gembira2, sangat meriah. aktiviti ini berlangsung di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah.
sesi pertama macam forum, antara    Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi (O&G specialist QEH, KK), Dr Helmi Ghazar (Nuqaba Attiba'). Kedua-duanya hebat, banyak beri input pada kami semua.
sebenarnya sekarang ini penulis dalam tahap 'speeachless'. Sebabnya gembira dapat pengetahuan baru daripada orang-orang yang hebat. ^^ Moga-moga nanti berpeluang jadi seperti mereka, insyaAllah.doakan2. ^^

Dr Hatta pesan, untuk jadi seorang 'volunteer' kita kena faham dulu kenapa kita buat perkara ini. Jadi bulatkan tekad di hati, lakukan semuanya kerana Allah, mengharapkan redhaNya. semuanya akan dipermudahkan.Selain itu, seorang doktor hendaklah menjadikan suasana kerjanya 'enjoy' elakkan stress, adakan hubungan baik dengan rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti sukarelawan. Kurangkan komplen, biasakan diri supaya lasak.elakkan daripada merungut akibat dariapada cuaca(terlalu panas, peluh, tidak selesa). Kita juga mesti, MESTI jaga kesihatan diri sendiri dengan baik. Sia-sialah bagi kita untuk membantu orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak terjaga.Jadi, kena bermula daripada sekarang, lelaki=rajin-rajin main bola, supaya badan kuat.Jadilah seorang yang boleh diharap(dependable), sebaik-baiknya bantu organisasi dalam melaksanakan kerja-kerja mereka. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai pengetahuan topografi. (
^^

sesi seterusnya berbentuk 'pillow talk'' bersama  Dr Nasirudin (orthopedic) dan sekali lagi Dr Hatta. Kedua-duanya tidak menyangka akan berkecimpung dalam bidang masing-masing. Dr Nasirudin berkata semasa beliau bertugas di hospital, MO beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. hal ini menyebabkan hospital tersebut kekurangan MO orthopedic. Jadi beliau pun menggantikan tempat MO tersebut, Sedangkan bidang yang beliau minati adalah menjadi seorang physician.Bidang yang memerlukan beliau membuat diagnosis, bukan sekadar ''open&see'' -untuk surgeon(siap beli buku mrcp lagi -_-''). Begitu juga dengan Dr Hatta. Semasa mengisi borang ''apa yang mau diisi ni aa?''. pengajarannya di sini adalah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
al-baqarah:216

dalam sesi terakhir, beberapa orang senior mengemukakan soalan berbentuk kes, dan para peserta diminta untuk memberi respon. antara yang menarik adalah, seorang wanita 30an telah berkahwin dan susah untuk mendapat anak. setelah 10 tahun dia berjaya mengandung. namun anak itu cacat. suaminya pula mahu dia menggugurkan anak tersebut. 

antara respon pada soalan ini yang menarik perhatian penulis adalah seperti berikut. 
Bagi setiap hamba Allah itu, hendaklah menjaga lima perkara.
agama, jiwa, keturunan, akal, maruah dan harta.(al-Daruriyyat).  Jika bayi tersebut mengalami kecacatan yang membolehkan dia hidup selepas dilahirkan, maka digalakkan untuk meneruskan kandungan, dan dilahirkan ke dunia. 

Hal yang demikian, bagi setiap hambaNya, Allah menyediakan cara baginya untuk membersihkan diri daripada dosa sebelum melangkah ke dunia seterusnya. Oleh itu anak yang cacat ini juga adalah salah satu cara untuk membantu ibu bapa tersebut. pasti ada hikmahnya.

Setelah selesai respon ini diberi, Dr Hatta menimbulkan kes ancephaly, iaitu kes di mana janin tersebut tidak mempunyai tempurung kepala. Janin tersebut akan hidup sehinggalah dia dilahirkan(terus akan mati selepas dilahirkan).untuk kes ini, Dr Hatta mengatakan bahawa sebaik-baiknya kita terminate pregnancy early kerana pelbagai komplikasi boleh berlaku. Antara kemungkinan yang bakal berlaku adalah bayi tersebut overdue sehingga berlakunya shoulder dystocia. Hal ini menjejaskan kesihatan ibu tersebut.

''IVF ni boleh x?'' ''Boleh x kita ambil telur dari isteri pertama, senyawakan dengan suami, tapi masukkan di rahim isteri kedua?'' ~Ini adalah contoh kes baru yang ditimbulkan, menariknya. namun masih lagi dibincangkan(fatwa) ^_^

Dr Hatta juga menerangkan procedure bagi kes zina dalam kalangan remaja. (berdasarkan kes yang diberi oleh para senior) seorang perempuan yang berumur 14tahun tidak boleh consent. Lagipun hospital kerajaan tidak boleh melakukan abortion sewenang-wenangnya. Keadaan kesihatan fizikal dan mental pesakit hendaklah diambil kira(sesi kaunseling dan sebagainya).
Ada juga yang berpendapat bahawa tidak perlu melakukan abortion kerana hal ini akan mengakibatkan mind set pesakit itu berubah dan menganggap mudah mengenai pengguguran janin.(d&c) apabila seorang wanita itu melakukan d&c dalam 3 kali, scarring of endometrial lining akan berlaku. peluang untuk mengandung juga menjadi sangat rendah.(haa, kan ada hikmah tidak digalakkan pengguguran?) ^_^

Dr Hatta juga bercerita tentang pengalaman beliau bekerja di Australia. Di Malaysia, menjadi perkara biasa untuk seorang doktor bertanya tentang soalan ini. ''where's your husband?'' Namun di Australia keadaannya berbeza. ''where's your husband?''  ''sorry???. '' ''oh sorry2, where's you partner?'' ~.~ sebenarnya mereka adalah pasangan lesbian. mereka telah berjaya mendapatkan dua orang pasangan gay untuk menderma sperm mereka .dengan syarat anak kedua yang dilahirkan oleh pasangan lesbian tersebut hendaklah diberikan kepada mereka. 

~~jadi bila anak tu sudah besar, mereka akan terkejut kerana mempunyai dua orang ibu bapa @.@ 
~persoalannya, adakah kamu semua(para doktor) mahu malaysia menjadi seperti ini?

"Apabila Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil dari usaha kamu, maka itu lebih baik bagi mu dari dunia dan seisinya". (HR imam ahmad) ^_^ sentiasa ingat bahawa jalan dakwah itu bukan sekadar dalam usrah. ^_^

hum, banyak sangat yang dikongsikan oleh kedua orang doktor ini. rasa teruja, gembira alhamdulillah. penulis akui tidak mampu untuk berkongsi semuanya diruangan ini. mudah-mudahan yang sedikit ini berfaedah ya. ^_^

mudah-mudahan kami semua dapat mencontohi mereka, perjuangkan agama kita di mana pun, dalam apa2 bidang pun(perubatan,farmasi, pergigian, jururawat) insyaAllah.

doakan kami semua di sini cemerlang ya. ^_^

salam.

p/s: elakkan diri daripada menghidap 'acute manjanitis' hehehe. >____<






Monday, November 7, 2011

senyum.

cik moo moo ^^

ucapan perasmian pegawai yayasan sabah kaherah ^^

dapat beza x?daging kambing dengan daging lembu. heee ^^

persembahan

decoration cantik kan ^_^

yg ni tengah2 dewan ^_^
makan2!

gambar2 ^^

cik moo moo yang comel ^^

decoration di belakang ^^


salam, ini cerita aidiladha 2011 ^_^
tajuk entry kali ini 'senyum' sebab ada antara persembahan semalam yang tajuk lagunya mengenai senyum.(cenyum2 dan cenyummmm. :)  )

salam aidiladha buat semua. semoga hubungan antara kita semakin erat, insyaAllah.
buat yang datang dari muhafazah lain, tq datang, meriah sangat tahun ni. Ada rezeki kami pula ke tempat kamu . hee. ^_^

Lepas ini berkunjung ke rumah terbuka dengan kawan-kawan pula, n program hari ini, i-medik roadshow. semoga dipermudahkan semuanya. doakan ya?

salam, papai ^_^

p/s: di luar dewan ada baaaanyaaakk pelita. humm. x tgambar pula semalam. ~.~ xpala. ^_^

Friday, November 4, 2011

salam perantauan.

salam, entry kali ini serba ringkas. Yang teristimewa buat keluarga di tanah air.
selamat puasa hari arafah 9 zulhijjah.
masuk tahun ni, 4 kali da kakak x puasa di rumah dengan ibu ayah adik2. :)
xpala. ada rezeki nanti puasa sama2.
kakak rindu semua sangat2. ^_^
doakan kakak di sini ok?  love u ibu ayah adik2. miss u so much ^_^

ini cerita tahun lepas, tahun ni? nantikan entry seterusnya. hee.
^_^

Tuesday, October 25, 2011

WAIT, WAIT!

Fungal sinusitis

Cavernous Sinus Thrombosis

Right Unilateral Maxillary Sinusitis




Salam,
Entah kenapa setiap hari pun rasa mahu update blog, mudah-mudahan bermanfaatlah aktiviti ni :)

Pagi tadi terlambat pergi kuliah, lambat 10 minit. hohoho. syukur x kena marah, masuk2.Duduk keluar pensel, buku, pasang telinga, buka mata. hee.Oleh kerana cuma tukar subjek setiap 2 bulan lebih, sekali kuliah sampai sejam lebih, kadang-kadang tu sehingga dua jam subjek yang sama (doktor yang sama) Jadi sungguh tidak menghairankan jika ada pahlawan-pahlawan 'kecundang'' sebelum waktunya.( zzzZZZzz masa kuliah hee)


tajuk post kali ni adalah wait2.ada kaitan dengan kuliah hari ni. Dr Hazeen kata untuk kes penyakit tertentu, walaupun di ct scan menunjukkan ada opacity ataupun fungus, kamu jangan terus operate. Kes massive nasal polyposis,pesakit tu mesti ambil systemic corticosteroid dalam masa dua minggu. Lepas dua minggu baru buat appointment seterusnya, ct scan akan tunjuk polyp tu da kecut.Rawatan seterusnya, dr boleh beri antibiotic dan buat nasal washing. dah sembuh~~~ kecuali kalau lepas dua minggu xda perubahan, boleh proceed surgery. Untuk kes chronic sinusitis pun sama juga, ''give ample time for the antibiotic to work, it may take some time, months maybe, the doctor can also advise patient to change his habit. working place whatsoever, it is a chronic case, chronic case took some time to develop, so recovery also takes time'' ^_^

If buat surgery untuk kes yang tidak perlukan surgery, complication akan berlaku. Hal ini menyebabkan kes yang pada asalnya x perlukan surgery kepada kes yang sangat perlukan surgery.

apa pun part yang paling seronok tadi adalah bahagian akhir-akhir kuliah( bukan sebab kuliah da nak habis ok? hohoho) sebab kes yang paling jarang jumpa sekarang. Sebabnya antibiotic sangat2 berkesan berbanding dulu. Kes Cavernous Sinus Thrombosis sebab, kalau ada kes ni, mesti resolve within 24 hours. If not, you'll lose your patient. Penglihatan pesakit sangat teruk, mata sangat bengkak. Jangkitan menyebabkan saraf-saraf menjadi rosak, artery juga, yg kecil2 jadi rosak, kes ni mungkin berlaku disebabkan oleh pesakit yang lambat mendapatkan rawatan, ataupun kes di mana kecuaian doktor mengesan abscess di bahagian mata pesakit.

Kiranya hikmah kuliah hari ini adalah untuk bersabar dalam apa pun. Dr Hazen kata ada beberapa pesakit yang menjalani rawatan hampir 15 tahun untuk sembuh sepenuhnya. Namun ada kes yang mesti rawat segera. Apa pun minda mesti selalu alert. ^_^

Ya Allah, mudah-mudahan dengan ilmu yang kami perolehi hari ini dan hari mendatang akan mendekatkan diri kami kepadaMu.

doakan kami ya. ^_^

Monday, October 24, 2011

rhino this and that






salam ^_^

hari ini dimulakan seperti biasa, mengulang kaji sebelum ke kuliah. Kuliah hari ni berkaitan dengan bahagian hidung. kuliah oleh Dr Hazeen el-Mehairy. Sudah tentulah banyak ilmu yang doktor ini curahkan. (kan mesti habiskan sukatan) Namun ada beberapa ilmu tambahan yang menarik.

Antaranya ialah, doktor kata dalam banyak-banyak kepakaran dalam perubatan, pemeriksaan memerlukan masa paling sedikit ada dermatology, tempat kedua? ENT( ear nose and throat). Sebab itulah bila kamu periksa sekejap, pesakit akan marah sebab rasa tidak berbaloi bayaran dengan apa yang kamu periksa, Sedangkan kita ambil bayaran kerana kira gunakan fikiran kita untuk diagnosis penyakit dia. hohoho. Jadi nasihat Dr Hazeen (take your time on history, for me 10 minutes just for the history, only 5 minutes for examination) ^_^ nasihat Dr Hazeen lagi, semasa kamu ambil history pesakit, sebenarnya kamu mesti sudah ada bayangan tentang apa yang kamu bakal lihat semasa pemeriksaan, Kalau kamu x dapat buat, kamu akan bingung dan banyak buang masa. Contohnya vertigo, banyak sangat penyakit yang mengakibatkan vertigo,jadi mesti bijak untuk exclude symptom dan sign.

Setakat ini, post belum menjelaskan gambar di atas, hohoho. sebenarnya tadi doktor masa clinical (maalisy doc lupa tulis nama doc tadi, jadi x ingat -_-'') kata kamu semua baris sini, keluar dari sana, Tiga2 orang, kamu x kan nampak lagi kes ni. Saya sendiri pun sangat jarang jumpa kes ni. Kes RHINOSCLEROMA. fuh! subhanallah. ^_^ oropharynx dan soft palate makcik tu bgabung sebab da fibrosis. Jadi doc buat tracheostomy sebab makcik tu memang x dpt bernafas dengan baik. Nasal septum makcik tu pula deviated to the right. (C-shape) jadi sebelah kiri, nampak luas sangat, sebelah kanan ada benjol di dinding hidung. warna pink2. Hidung makcik tu macam ada inflammation jadi warna dia bertukar jadi coklat tua.sebenarnya susah nampak juga tadi, tapi sekurang2nya dah pernah nampak kan? kemungkinan sekali dalam beberapa belas tahun lagi baru jumpa lagi kes ni,  ^_^

Masalah kesesakan jalan raya di cairo x pernah habis. ~.~ Kebetulan waktu tunggu bas, ada pakcik jual ubi bakar lalu. waaa cedap2.. warna oren, panas2. sekarang cuaca sejuk gembiranya.. ^,^ lepas masing-masing dapat ubi bakar, tiba-tiba bas mini betul-betul di hadapan  kami, apa lagi, naik. Makan ubi bakar dalam bas ramai-ramai. nyum3.. . ^_^

Semoga dipermudahkan hari-hari mendatang, semoga semua kami cemerlang,insyaAllah. ^_^

doakan kami.

salam. ^_^ y

Friday, October 21, 2011

sinar alhamdulillah


salam,

terlalu ramai yang mengingati hari lahir penulis 20hb lepas.
ibu ayah,paling awal. gembira sepanjang hari. hehe. ^_^
terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat kawan2. hargai sangat. walaupun cuma bertgeur sapa di laman facebook. suatu masa nanti mungkin ketemu jua. ^_^ insyaAllah.


alhamdulillah tahun ini, penulis dan rakan-rakan berjaya meneruskan pengajian ke tahun 4. Begitu cepat masa berlalu. Seperti baru semalam menjejakkan kaki di fakulti perubatan universiti ain shams,.walaupun baru beberapa kali berpeluang belajar di klinik ENT( ear, nose and throat) hati sudah mula rasa teruja.Ramai doktor pakar bekerja keras di dalamnya. menyelesaikan kes satu persatu namun tetap sabar mendidik pelajar yang datang.

Suatu saat ketika melihat seorang pakcik yang datang ke klinik. (beberapa bulan lepas doktor telah buang larynx pakcik ini sebab dia mengalami kanser) diri terasa kecil mengingat kebesaran Allah. kenapa ya?
sebab pertama adalah keadaan pakcik itu sendiri. Cervical lymph node dia diambil sedikit untuk biopsi. bahagian kanan leher seolah2 ada kawasan yang berlubang. sambil menahan kesakitan jahitan di leher pakcik ini dibuka dan disembur antibiotik.(sebenarnya ada satu lagi lubang di bawah area trachea, tapi penulis x pasti sebabnya) Dengan lubang besar di leher pun manusia boleh hidup lagi. kuasa Allah.. :)

Pelbagai keadaan yang penulis perhati bersama teman seperjuangan walaupun baru dua hari berpeluang belajar di klinik. InsyaAllah selepas ini di bilik bedah pula. wah. semoga dipermudahkan segalanya pada tahun ini. semoga penulis dan kawan-kawan berjaya lulus dengan cemerlang, menjadi doktor yang baik. insyaAllah. ^_^

doakan ya. salam. ^_^

p/s: berjaya memiliki otoscope sendiri. happy mode. hohoho. >__<

buat adik tersayang, ibrahim, selamat hari lahir yang ke 17, kakak sayang dan rindu daim selalu, doa kakak moga daim cemerlang dalam apa pun. (19/10). hehe. x lupa juga buat adik lukman (25/10) oman, apa pun kakak sayang dan rindu oman selalu, jaga diri, hati-hati memandu waktu malam. Nanti kakak balik, masak2 untuk semua ya. ^_^

Wednesday, June 29, 2011

hari yang istimewa


Apa istimewanya 27hb Rajab ini?
Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).
Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).
Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?
  1. Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
  2. Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?
1-     Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
2-     Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.
Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?
Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w.
Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat
1-     Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq
2-     Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut
3-     Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.
Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.
Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?
(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)
Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.
Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.
Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia.
Sebagai umat Islam kita mesti menginsafi bahawa sifat Islam adalah memimpin dan bukan sekadar berpuas-hati dengan ‘demokrasi’ dan ‘humanism barat’ serta dengan apa yang berlaku di dunia global pada ketika ini.
Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?
Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.
1-     Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.
2-     Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi
3-     Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam
4-     Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya”  yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.
(Masjid Qiblatain di Madinah ialah saksi hidup terhadap pristiwa perpindahan kiblat)
Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.”
Apakah hubungan Israk Mikraj dan pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Solahuddin al-Ayyubi?
Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.
Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.
Mari kita lihat kembali kisah pembebasan Baitul Maqdis oleh Solahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib :
Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah yang bertepatan hari Israk dan Mikraj, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki kota Baitul Maqdis. Ibn Shaddad menulis: “Itulah kejayaan bagi segala kejayaan. Satu perhimpunan besar yang terdiri daripada para pembesar, ahli peniaga, alim ulama dan orang ramai berhimpun pada saat yang mengembirakan itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Solahuddin dan teriakan ‘Allahu Akbar’ serta kalimah ‘La Ilahaillallah’ bergema gagah di angkasa.
Setelah 90 tahun berlalu tanpa Jumaat sepanjang pemerintahan kristian Salib, sembahyang Jumaat sekali lagi didirikan di Baitul Maqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa diruntuhkan. Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar istimewa yang yang dibina di bawah arahan Nuruddin al-Zanki, 20 tahun sebelum pembebasan Baitul Maqdis telah dibawa dari Halab, Syria dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.”
Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?
Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
1-     Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.
2-     Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.
3-     Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.
4-     Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Israk Mikraj ataupun pada Hari al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.
5-     Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
6-     Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa.
7-     Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
8-     Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
9-     Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
10- Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara.
Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri anda dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin.
Semoga al Aqsa dan Palestin terbela
Salam perjuangan
Dr Z