Monday, January 30, 2012

berfikir

Assalamualaikum sahabat semua. Semoga semuanya berada di dalam perlindungan Allah. Maafkan saya kerana sudah seminggu meninggalkan Facebook. Saya masih di peringkat percubaan tetapi mempertimbangkan kemungkinan untuk meninggalkan akaun peribadi Facebook secara total. Hanya sesekali memberi maklum balas di fb.com/hasrizalabduljamil untuk kemaskini aktiviti. Biar pun manfaat aktiviti saya di Facebook signifikan, mudarat yang mengiringinya di luar keupayaan saya mengendalikannya. Gangguan secara subliminal amat menguji. Terima kasih atas ukhuwwah selama ini. Saya masih setia di blog Saifulislam.Com Insya Allah. Doakan saya.
 
buat diri berfikir sejenak, semoga semua menyedarinya. semoga dapat berubah menjadi lebih baik, insyaAllah. :)
alhamdulillah. alhamdulillah. ^_^
 Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik..-
Ya Allah yg berkuasa membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku pada agamaMu

Thursday, January 26, 2012

mahkama clinic

assalamualaikum.

post ini sekadar untuk upload gambar-gambar semasa lawatan ke primary helalth care.(mahkama clinic).
oh ya, baru-baru ini, penulis dan sahabat-sahabat satu batch telah selamat menempuhi peperiksaan end-round untuk subjek community medicine. peperiksaan berlangsung selama dua hari, bertempat di dewan exam underground. hohoho.sayunya hati, saat manis bersama kawan-kawan mempelajar course ini pasti akan sentiasa tersemat di sanubari. ^_^



nila dr rasya, dr yg in charge untuk kelas practical, termasuklah untuk lawatan ke klinik dan ward geriatric. mm. dr muda yang cantik, dan bijak, mudah-mudahan  berjaya macam dr rasya juga nanti, amin. ^_^


mm, suasana klinik yang sibuk sangat-sangat. ibu bapa bawa anak kecil. mm. comel.

tugasan dah siap! jadi kami pun.ambil gambar. (makcik dan pakcik yang duduk di sebalik cermin ni, senyum2 melihat gelagat kami, hu3)



doakan kami semua, menjadi doktor yang mumtaz dalam dan luar. insyaAllah amin. ^_^

Monday, January 16, 2012

terakhir

  
''this is your last practical session, we hope you enjoy your study with us in community department, thank you very much, we hope everyone of you will become good dr's in the future insyaAllah.''~Prof Dr Dina Nabih Kamel.

Kelas practical terakhir bermula dengan sesi pembentangan health education, terdapat brochure, poster, dan power point presentation dari setiap wakil kumpulan. 
Dr Amani memberikan komen yang membina bagi setiap kumpulan,Alhamdulillah hilang resah dihati menghadapi hari pembentangan 

debaran semakin memuncak di kelas dalam menjawab kertas test ketiga, iaitu yang terakhir untuk sesi ini. (dua markah tertinggi akan di ambil daripada tiga test sepanjang dua bulan).
tamat masa, 

''ok where are your protocol, review, your health education? ok print these again, all have submitted?..I need soft copies for all health education presentation ok?email me or Dr Rasya..ok thank you'' kata Dr Dina sambil menyusun tinggi semua assignment kumpulan.

huhuhu, sayunya hati, akhirnya tamat juga kelas practical comed, sekarang masa untuk menghadiri kelas revision serta OSPE exam.

''dr can we take picture? dr the other hp please'' ..semua beratur untuk bergambar, maklumlah sesi terakhir, hu3. '''bluetooth2!'' 
''can you email me this picture also?''(dr dina).

''kita berjumpa untuk berpisah kakak''.(ayah).


ya Allah permudahkanlah kami dalam menuntut ilmu, eratkan ukhuwah antara kami, bahagiakan guru-guru kami, semoga sentiasa dalam rahmatMu. 
amin.

doakan. ^_^


Saturday, January 14, 2012

ke sana sini (bahagian dua)

salam,

alhamdulillah. hari ini penulis bersama rakan-rakan berjaya menyiapkan semua tugasan field trip di buku hijau. ^_^

kali ini keseorangan berjalan seawal 7.50 pagi ke kuliah perubatan ain shams, abbasiyah. dengan suhu kurang dari 7 darjah celcius (anggota hampir semua kebas, sejuk tak terkata, fuh)

tiba sahaja di el Banhawy Hall. (aaa saya seorang ja ka tertinggal ni, bas da sampai!)
rupanya cuma kelibat pemandu bas sahaja, bayang Dr Wafaa dan Dr Rasya pun belum kelihatan.huhuhu.


wajah-wajah teruja seperti waktu lawatan di zaman persekolahan dulu. (comel-comel. ^^)
akhirnya, bas sekolah pelajar tahun 4 pun 'berlepas' menuju ke klinik Mahkama dan Seraya El-Koubba.
sejuk-sejuk! hu3.

 tugasan kumpulan 3 cuma tinggal ~

~Family Folders Room
~Health Office
~Pharmacy





file biru~dalam ini ada rekod kesihatan untuk satu family, comel kan?
ada banyak kad dalam ni, tapi confidential, jadi kad di atas ni cuma sample. hi3.
lelaki kuning, perempuan warna putih.
yang menariknya ada catatan tentang rumah berapa bilik, dan seorang berapa bilik, tentang consanguinity pun ada.. mm. ^^





oh ya, tugasan untuk health education poster?

 kumpulan kami pilih poster ini. ^_^

semasa di health office, kami diberi penerangan oleh Dr Rasya tentang bagaimana mereka menjalankan surveillance untuk acute flaccid paralysis. hal yang demikian, bagi mengenal pasti kes polio.ada jadual besar(sangat besar.hu3) di lekat di pintu ruang pejabat.

sementara menunggu kumpulan lain selesai, kami pun bergambar-gambar di ruang menunggu, dan perkarangan klinik.(kawan-kawan kata ada makcik senyum2 melihat gelagat kami bergambar2) hehe.

dalam perjalanan untuk menaiki bas pulang.terdengar laungan azan zohor. hum. awal juga habis hari ini.
apa pun, berakhirlah sesi lawatan kami sekelas, wuwuwu. kenangan yang tidak dapat dilupakan, seronoknya, subhanallah. ^_^
semoga kami semua menjadi dr yang baik dan hebat. insyaAllah amin. ^_^

doakan.

Friday, January 13, 2012

ke sana sini.

dalam bas

Ganzouri Specialist

salam,

nampaknya blog cahaya hati sudah hampir berkulat,
bagi menghilangkan kulat-kulat tersebut, penulis akan menceritakan mengenai lawatan ke klinik2 semalam.

seawal jam 8.20 pagi, berkumpul di hadapan El-Banhawy Hall, dengan suhu 7 darjah celcius.
penulis dan sahabat seperjuangan menantikan bas yang bakal membawa kami semua ke klinik mengikut kumpulan masing-masing.

Kumpulan 1:El Nouzma
Kumpulan 2: Seraya El-Koubba
Kumpulan 3: Mahkama (penulis merupakan ahli kumpulan 3)

rasanya klinik Mahkama adalah yang paling jauh antara ketiga-tiga kumpulan yang dibawa.
Bertemankan seorang tutor Dr Rasya dan Prof Dr Amani. kami pun berlegar-legar di klinik ini bagi menyiapkan tugasan dalam logbook hijau.

~Well Baby Clinic
~Immunization Room
~Health Education Poster
~Family Planning Clinic
~Antenatal Clinic

Akhirnya tercapai impian penulis menyaksikan sendiri baby diberi vaccine.
baby perempuan, berumur 18 bulan. vaccine polio,DPT, MMR, vitamin A (alf-ikut sebutan jururawat bertugas)baby menjerit-jerit, wajah si ibu pula semacam kurang selesa, maaf ya puan, kami datang untuk belajar. hu3.
(Immunization Room)

''kamu pelajar azhar?oo ain shams? silakan2''
ucap seorang bapa tatkala kami perlu masuk untuk perhatikan cara jururawat menimbang berat dan mengukur tinggi pasangan kembar berumur 18 bulan,
''kamu tahu bahasa arab? oo sedikit2.''
seperti keadaan semasa sesi imunisasi, kanak-kanak kecil itu menangis kuat. hu3. 







gambar ini hasil dari kunjungan ke bilik kaunseling bahagian Family Planning.
Dr sangat baik, banyak beri penerangan.^_^
ada condom, IUD, progestin hum. ^_^

hum, pertama kali juga tengok sijil kelahiran warga negara mesir, tidaklah sebesar mana,
warna hijau.(macam bank draft?)
kad antenatal sini, biru untuk bayi lelaki, merah jambu untuk bayi perempuan.
kad yang dimiliki sejak lahir, sehinggalah berumah tangga, mempunyai anak sendiri.
kad itu seperti digunakan sepanjang hayat pula kan? ^_^
comel.



beberapa hari yang lepas juga, sebenarnya penulis dan rakan-rakan berpeluang berkunjung ke ward geriatric (untuk warga emas).
bersama Dr Wafaa, kami diberi taklimat oleh seorang pakar di wad ini. diberi contoh bagaimana merawat warga emas, kepentingan wad ini.hati kami terusik mendengar luahan seorang pakcik tua,

''sudah lama tidak ada orang yang melawat pakcik di sini" sambil tersenyum. prof mengatakan bahawa pakcik tersebut mengalami depression. (mini-mental test).
seorang makcik tua di katil sebelahnya pula daripada posisi baring, terus duduk melihat bilangan kami yang ramai ketika diberi taklimat.beliau memerhatikan kami sambil tersenyum sehinggalah kami semua beredar.

semasa sibuk mendengar taklimat, seorang warga tua yang dirawat di situ menghembuskan nafasnya yang terakhir. mayatnya di sorong di celah2 kami yang ramai. seorang pakcik di katil belakang pula mengerang kesakitan. kedengaran suaranya. mungkin isterinya sedang memegang tangannya. duduk, berada di sisinya.subhanallah.hu3..


Allah tidak jadikan sesuatu peristiwa itu, cuma untuk kita perhatikan, malah untuk kita ambil pengajaran, melakukan sesuatu.
semoga diri ini dan semua dapat menjaga ibu dan ayah sebaiknya di hari tua mereka kelak, insyaAllah amin.

doakan kami semua berjaya di dunia dan di akhirat juga. ^_^


insyaAllah.





p/s: ada sesi kunjungan ke klinik buat kali kedua pada hari esok. heee. seronoknya. ^_^