Monday, August 26, 2013

Astro Mustika hd

Assalamualaikum. :)

Terlalu lama tidak update blog cahaya hati, terasa bagaikan suara hati penulisnya terhenti. Umpama kapal yang karam dilautan. Ditenggelami air seakan tidak mampu lagi ke permukaan. Bezanya hati penulis tidak mahu ke dasar semula dek kerana ‘tenggelamnya’ diri dalam kebahagiaan bersama keluarga tercinta. 

Niat kembali ke tanah air pada asalnya untuk membahagiakan keluarga. Membantu ibu ayah sebanyak mungkin selagi termampu. Apabila niatkan sesuatu untuk redha Allah, semuanya tampak mudah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. :)

Sedangkan Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada     kemurkaan ibubapa.


Beberapa ketika setelah sampai ke bumi Sabah, dikhabarkan bahawa bilangan hari bercuti pula bertambah. Tarikh peperiksaan akhir tahun pula teranjak ke satu tarikh yang belum diketahui.

Subhanallah. Semangat yang berkobar-kobar untuk menduduki peperiksaan menurun sedikit demi sedikit. Tambahan pula melihat paparan berita saudara seagama di sana terbunuh. Diseksa, ditembak, bermacam cara.

Di keheningan pagi, terdetik di hati, mereka di sana kehilangan ibu, ayah, adik, abang, kakak, sedangkan diri ini, duduk beribadat dengan selesa, bergelak ketawa bersama keluarga. Udara pagi terasa menyegarkan. Mereka di sana terhidu gas pemedih mata, Burning sensation pada mata, hidung, mulut, serta salur pernafasan. Bila high concentration digunakan, mereka akan mengalami masalah pernafasan seperti batuk, dan kesukaran bernafas. Sebilangan mereka yang menghidapi asthma serta chronic obstructive pulmonary disease (chronic bronchitis dan emphysema) berkemungkinan menghadapi komplikasi kesan daripada tear gas yang digunakan..

subhanallah. Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan.



Merindui suasana kuliah, kunjungan ke wad bersama rakan-rakan seperjuangan, kesibukan menelaah pelajaran,disamping menziarahi rumah sahabat di hujung minggu.

Masa mengunjungi wad kecemasan Hospital Demerdash, kot putih, buku catatan kecil, pen sebatang, kad pelajar.  Suasana senja, menaiki metro untuk pulang semula ke rumah.


Kedai buku university, kecil namun memenuhi keperluan semua.


Saat menghadiri kelas-kelas para syeikh yang dikasihi.  


Merindui tazkirah di surau yang menyentuh hati meskipun hanya sekejap, bersimpuh bersama rakan-rakan, mendengar penuh perhatian.


Rindu, rindu, rindu!





‘’Kakak berdoalah, semoga semua selamat, aman, kakak dengan kawan-kawan dapat balik lagi sana, dapat belajar betul-betul, jangan berenti berdoa. Sekarang ni belajar betul-betul di rumah’’ berulang kali ibu berpesan. Terima kasih ibu, kakak sayang ibu :’)

‘’eh kakak nda belajar ka?’’ usik ayah tika diri ini lalai menonton drama siaran Mustika.hehe :)
               
Tahun ini, adik-adik bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Doakan semoga keduanya memperoleh kejayaan, mendapat kos yang mendekatkan diri pada pencipta. Kakak sayang adek dan daim sangat-sangat.


Semoga penulis dan rakan-rakan seperjuangan GEN8 ASU menjadi doktor-doktor yang cemerlang, menjadi sebahagian daripada kemenangan Islam.



Semoga semangat juang kami semakin menjulang tinggi meskipun cabaran yang mendatang. Sekuat iman para sahabat ketika berperang menegakkan agama Allah. 


Ameen. :)




p/s : sedangkan haiwan, tumbuh-tumbuhan serta seluruh isi alam bertasbih mensyukuri pencipta, inikan kita manusia, sebaik-baik ciptaan. alhamdulillah, alhamdulillah. :)