Saturday, November 30, 2013

peperiksaan



apa yang penting sekarang adalah usaha kami

dan doa kalian.

semoga kami semua menamatkan tahun ini dengan

kejayaan dan keberkatan. amin.

Allahuma yassir wala tuassir rabbi tamim bilkhair..

birahmatika ya arhamarrahimin.

rabbi zidni ilman war zuqni fahman.

:)

sekian lama.

akhirnya.. kan? :)

Monday, August 26, 2013

Astro Mustika hd

Assalamualaikum. :)

Terlalu lama tidak update blog cahaya hati, terasa bagaikan suara hati penulisnya terhenti. Umpama kapal yang karam dilautan. Ditenggelami air seakan tidak mampu lagi ke permukaan. Bezanya hati penulis tidak mahu ke dasar semula dek kerana ‘tenggelamnya’ diri dalam kebahagiaan bersama keluarga tercinta. 

Niat kembali ke tanah air pada asalnya untuk membahagiakan keluarga. Membantu ibu ayah sebanyak mungkin selagi termampu. Apabila niatkan sesuatu untuk redha Allah, semuanya tampak mudah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. :)

Sedangkan Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada     kemurkaan ibubapa.


Beberapa ketika setelah sampai ke bumi Sabah, dikhabarkan bahawa bilangan hari bercuti pula bertambah. Tarikh peperiksaan akhir tahun pula teranjak ke satu tarikh yang belum diketahui.

Subhanallah. Semangat yang berkobar-kobar untuk menduduki peperiksaan menurun sedikit demi sedikit. Tambahan pula melihat paparan berita saudara seagama di sana terbunuh. Diseksa, ditembak, bermacam cara.

Di keheningan pagi, terdetik di hati, mereka di sana kehilangan ibu, ayah, adik, abang, kakak, sedangkan diri ini, duduk beribadat dengan selesa, bergelak ketawa bersama keluarga. Udara pagi terasa menyegarkan. Mereka di sana terhidu gas pemedih mata, Burning sensation pada mata, hidung, mulut, serta salur pernafasan. Bila high concentration digunakan, mereka akan mengalami masalah pernafasan seperti batuk, dan kesukaran bernafas. Sebilangan mereka yang menghidapi asthma serta chronic obstructive pulmonary disease (chronic bronchitis dan emphysema) berkemungkinan menghadapi komplikasi kesan daripada tear gas yang digunakan..

subhanallah. Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan.



Merindui suasana kuliah, kunjungan ke wad bersama rakan-rakan seperjuangan, kesibukan menelaah pelajaran,disamping menziarahi rumah sahabat di hujung minggu.

Masa mengunjungi wad kecemasan Hospital Demerdash, kot putih, buku catatan kecil, pen sebatang, kad pelajar.  Suasana senja, menaiki metro untuk pulang semula ke rumah.


Kedai buku university, kecil namun memenuhi keperluan semua.


Saat menghadiri kelas-kelas para syeikh yang dikasihi.  


Merindui tazkirah di surau yang menyentuh hati meskipun hanya sekejap, bersimpuh bersama rakan-rakan, mendengar penuh perhatian.


Rindu, rindu, rindu!





‘’Kakak berdoalah, semoga semua selamat, aman, kakak dengan kawan-kawan dapat balik lagi sana, dapat belajar betul-betul, jangan berenti berdoa. Sekarang ni belajar betul-betul di rumah’’ berulang kali ibu berpesan. Terima kasih ibu, kakak sayang ibu :’)

‘’eh kakak nda belajar ka?’’ usik ayah tika diri ini lalai menonton drama siaran Mustika.hehe :)
               
Tahun ini, adik-adik bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Doakan semoga keduanya memperoleh kejayaan, mendapat kos yang mendekatkan diri pada pencipta. Kakak sayang adek dan daim sangat-sangat.


Semoga penulis dan rakan-rakan seperjuangan GEN8 ASU menjadi doktor-doktor yang cemerlang, menjadi sebahagian daripada kemenangan Islam.



Semoga semangat juang kami semakin menjulang tinggi meskipun cabaran yang mendatang. Sekuat iman para sahabat ketika berperang menegakkan agama Allah. 


Ameen. :)




p/s : sedangkan haiwan, tumbuh-tumbuhan serta seluruh isi alam bertasbih mensyukuri pencipta, inikan kita manusia, sebaik-baik ciptaan. alhamdulillah, alhamdulillah. :)

Wednesday, May 8, 2013

my little soldier



Alhamdulillah round pediatric telah melabuhkan tirainya. Beberapa hari lepas, rakan-rakan seperjuangan Gen8ASU telah menghadapi peperiksaan OSCE exam . Pelbagai pengalaman menarik dilalui sepanjang round ini.

Terutamanya apabila perlu menghadirkan diri ke wad kecemasan kanak-kanak pada setiap minggu.Mata hati ini tersentuh melihat kecekalan para doctor mengawal keadaan wad kecemasan yang agak kucar kacir. 

Apabila masalah kecemasan melibatkan anak kecil, para doctor terpaksa menghadapi dua golongan, iaitu ibu bapa dan pesakit itu sendiri. Mereka juga perlu menjawab persoalan ibu bapa yang bertubi-tubi.


Pesakit kanak-kanak yang begitu kecil tidak mampu menerangkan sakit mereka, hanya mampu menangis, merengkot kesakitan. Oleh itu, patient’s history bergantung sepenuhnya pada ibu bapa.

Dalam keadaan ini, setengah pihak akan menyalahkan ibu bapa, kerana menyebabkan kesesakan di wad kecemasan. Hal ini menyebabkan para doctor mendakwa mereka tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Namun begitu, cubalah kita meletakkan diri kita di tempat ibu bapa pesakit. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memudahkan urusan mereka, melegakan resah hati mereka.


Dari Abu Hurairah r.a  Nabi saw bersabda :

 “Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim)

Alhamdulillah, pada masa akan datang, diri ini bersama rakan-rakan seperjuangan mampu bekerjasama memudahkan urusan rawatan pesakit pada setiap hari. 

Peluang di hadapan mata? Perlu dirangkul seerat-eratnya! Apalah erti hidup ini, jika bukan untuk memberi, semua pada diri ini adalah milik pencipta.


Lawatan ke pediatric NICU menyebabkan diri ini berfikir tentang pengorbanan ibu ayah. This patient has tracheoesophageal fistula, feeds on tubes. Doctor, why do you tie up her leg? To keep her comfortable, as she got lots of canula, tubes, monitor patch on her body. Doctor, why do put cannula on her head? @_@ (imagine a baby with a small cannula on her head, yep, on her head, like a unicorn). Her veins could collapse, so it’s easier to have cannula on her scalp vein.



Seorang pesakit osteosarcoma datang ke ER bersama ibunya kerana demam. Dia kelihatan sedang menjalani pemindahan darah, Namun hati ini tertanya-tnya sebab bau darah menusuk ke hidung. Hal ini terjawab tatkala pesakit dalam proses pemindahan ke unit oncologi hospital. Kaki pesakit dari paras lutut ke bawah tertusuk rangka besi, kelihatan tempat tusukan kemerah-merahan. Ibunya kelihatan bersusah payah mengangkat anaknya ke stretcher. Ya Allah, terkenang pengorbanan ibu tercinta, ibu.. ibu..Kerdilnya hambaMu ini, hanya mampu memerhatikan mereka berlalu pergi. 

Perlu bersungguh-sungguh, bukan hanya memerhati! 

Genggaman tangan dieratkan, moga diberi kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan kelak


Penulis serta rakan-rakan juga berpeluang mengikut 11th International ESPHO (Egyptian Society of Pediatric Hematology and Oncology) Congress, Blood and Bone Marrow Diseases of Children and Adolescents; Genetics and Beyond, bertempat di Landmark New Cairo Hotel.


Konferens ini berlangsung selama dua hari dan membentangkan pelbagai kajian yang menarik. Salah satu yang menarik perhatian penulis adalah ‘effect on delayed cord clamping on iron status at 3-5 months in terms neonates held at the level of maternal pelvis, RCT’’-Prof M,M Al-Tawil.

Direct cord clamping is within 15 seconds, while delay cord clamping is within 3 minutes. Delayed cord clamping allows larger placental iron transfusion to the newborn.


Either caesarean or vaginal delivery, can it really improve iron status? Yes it improves iron reserve for 6 months early life, reduces hyperbilirubinemia, increase birth weight, and prevents polycythemia. Subhanallah, with just few minutes’ differences, doctors are able to help children survive their first six months of life.


Menarik bukan? Perbezaan yang begitu sedikit memungkinkan kanak-kanak terselamat daripada komplikasi kesihatan yang boleh meragut nyawa. Selain itu, terdapat juga kajian mengenai langkah-langkah awal mengatasi strok  kepada pesakit thalessemia intermedia (TI).

‘’Is it time for prophylaxis against stroke in Thalessemia Intermedia(TI) patient?’’-Rasha Rady, Cairo University. Patient with TI can be under diagnose as they can be asymptomatic. So patient can be presented to the ER with stroke in a very young age. This is due to their hypercoagulable state. However it is difficult to assess stroke as imaging will show normal findings plus minor change in EEG reading .In conclusion, it is essential to diagnose TI early and assess stroke even in young children.


Penemuan-penemuan yang begitu hebat, terasa sungguh kerdil diri ini, terlalu sedikit disumbangkan untuk Islam. Cari kekuatan, ikhtiar, buktikan dengan kejayaan!


Seterusnya round psychiatric, bakal terukir sejarah baru dalam kehidupan ini. Semoga dipermudahkan segalanya, menjadi para doctor yang hebat! Amin. (^_^)



 hihi. go go go! (^_^)

Monday, January 28, 2013

merayau winter




Alhamdulillah! Berkesempatan menyertai lawatan ke piramid serta kawasan sekitarnya. Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas di metro demerdash. (bas berwarna oren yang sangat comel ^o^).



Perhentian pertama, adalah di Saqqara. Setibanya kami di kawasan ini, anak mata di jamu dengan kawasan padang pasir yang tidak bertepi, subhanallah. Malah jarak antara kawasan piramid juga sangat luas. Kawasan terletak di antara tanah subur di delta sungai nil dan kawasan oasis. Kami difahamkan di kawasan oasis terdapat penduduk arab Badwi. Mereka menjaga kawasan ini, sekaligus memberi perkhidmatan menunggang unta, keldai, menjual cendera kenangan serta menjaga kawasan piramid. 


Tidak semua piramid mempunyai bentuk yang sama. Piramid Raja Joser dinamakan Piramid Step kerana mempunyai rekaan seakan-akan anak tangga menuruni binaan piramid.Arkitek bagi piramid ini adalah Imhotep.Teringat kenangan bersama keluarga di Malaysia sewaktu menonton filem ‘The Mummy’ dan ‘The Mummy Return’. Subhanallah akhirnya semua berada di depan mata. :’)


(piramid step sedang dibaik pulih huhu)







Kami juga memasuki Amon Ray Temple. Wah!  ^o^

hieroglif



Di kejauhan kelihatan patung Sphinx yang sangat besar, umpama seekor kucing di tengah padang pasir. Comel. =3

Patung Sphinx ini telah kehilangan hidung kerana pada zaman sebelum masihi, terdapat golongan yang beriman kepada Allah namun menyembah patung ini. Hal ini mendatangkan kemarahan kepada seorang wali Allah. Wali Allah itu telah melemparkan batu ke bahagian hidung Sphinx itu, bagi memberi peringatan kepada mereka tentang kekuasaan Allah.


Janggut Sphinx ini pula telah ditempatkan di muzium untuk tatapan pengunjung.  ^o^


Pada perhentian kedua, kami ke kawasan Dahshour. Di sini terletaknya Piramid Bent yang dibina pada zaman pemerintahan Raja Besar Snefru(2680-2656M),dinasti ke empat. Piramid Bent berbentuk rhomboid. Hal yang demikian piramid bent dibina pada ketinggian 48m dengan sudut 54 darjah. Namun begitu, mereka menyedari yang binaan piramid ini tidak begitu stabil lalu mengubahnya ke sudut 43 darjah. Beberapa tahun kemudian, Raja Snefru  membina piramid kedua iaitu Piramid Merah. Piramid Merah merupakan piramid pertama  dibina dengan sempurna.




Alhamdulillah, semua peserta rombongan berpeluang untuk masuk ke dalam piramid merah dan melihat sendiri makam, catatan-catatan purba yang terdapat di dalamnya. Di bahagian atas piramid terdapat satu lubang Cahaya akan memancar daripada lubang ini pada waktu tertentu pada setiap tahun. Hebatnya ilmu astronomi pada zaman tersebut. Di sisi atapnya pula terukir bentuk bintang, menandakan kehidupan selepas mati raja mesir. Mereka akan menjadi bintang yang menghiasi langit malam. Jumlah bintang yang mewakili mereka menandakan keagungan mereka sebagai pemerintah.

The Red Pyramid


The Bent Pyramid


Selepas menjamu selera dan menunaikan solat, semua peserta memasuki muzium terbuka Memphis. Hati ini terpukau dengan saiz patung Raja Ramses II yang sangat besar(10meter). Wah!! Cepat sahaja dua tangan ini mencapai patung tersebut. Semuanya bagaikan mimpi.Ukirannya sangat halus, menggambarkan kehebatan tokoh pemerintah ini. Subhanallah. ^o^




Raja Ramses II dikatakan mempunyai ramai anak, serta hidup sehingga berumur 90 lebih tahun. Nikmat yang berikan ini mendatangkan rasa kufur dihatinya.




Patung Alabaster Sphinx mempunyai bentuk yang hampir  sama dengan patung sphinx di Giza. Patung ini dibina daripada batu calcite. Penduduk pada zaman dahulu menggambarkan patung ini mempunyai kuasa berkaitan dengan matahari. (Tuhan Matahari? =3)



google image








Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memerhatikan bagaimana akibat(yang di derita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka(sendiri) dan telah mengolah bumi(tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.'' (Ar-Rum : 9)

Semoga lawatan ini dapat mendekatkan diri kami kepadaMu ya Allah.

Ya Allah semoga rasa syukur sentiasa subur dalam hati-hati kami.

Redhai setiap langkah kami ya Allah.

:)




Saturday, January 19, 2013

Bercerita




Dengan rahmat dan kasihMu berdeguplah jantung ini, Sampai suatu ketika,Kau rezekikan hambaMu ini mendalami ilmu mengenainya.Prof Osama Diab, Prof Saneh Sabet, para ilmuan yang hebat.  Subhanallah, masih berkira-kira layakkah diri ini. Bantu kami dalam meraih redhaMu ya Rab. Kau tetapkan hati-hati kami di jalanMu.

Keliru,  Allah lebih mengetahui yang terbaik buat diri ini.

Bersungguh-sungguh!

Tanda yakin dengan janji Allah.

Cardiology round in less than two weeks, doakan kami!

semoga dipermudahkan. 



Keep going!
^^