Sunday, December 23, 2012

Dr House



Assalamualaikum.

Hari demi hari,kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun lima ain shams kian mencabar. Alhamdulillah cabaran yang mendatang mendekatkan diri kepada Ilahi. Sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada pencipta bukan?

Genap seminggu keberadaan diri ini di Gastroentrology Department El-Demardesh Hospital. Setiap round pelbagai ragam guru diperhati. Dr Nevine Ibrahim  yang mengendalikan interactive session membentuk minda para pelajar. Terasa diri ini dilatih untuk menjadi seperti Dr House.hehe

Hanya di Mesir, dr umpama dr house dalam rancangan bersiri televisyen berlambak, terlalu ramai, subhanallah. 

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah guru-guru yang hebat seperti mereka, rasa syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kta, menguatkan lagi semangat untuk mengejar cita-cita. Semoga guru-guru kami sentiasa dalam redhaMu ya Allah.

Dr Angie pula tekun mengajar dalam sesi ward.’’What is the difference between acute and chronic renal failure patient?’’ ‘’rapidly.. rapidly!!’’.hehe ‘’Do the general examination please.’’ Do you know how to spell it? .. Dr Angie spontan mencapai buku catatan serta pen di tangan, menulis ejaan Treitz Ligament. :^^


 Manisnya saat bersama dengan rakan-rakan menuntut ilmu  namun kata-kata ayah menerpa di ruang minda, kakak, kita bertemu untuk berpisah. Apa pun semoga diri ini kuat menghadapi saat itu.

End-round exam untuk course Rheumatology dan GIT, Hepatology adalah pada hari sabtu ini.

Semoga dipermudahkan. Usaha sungguh-sungguh!

Doakan kami. Gen8 ASU.



p/s : semoga Allah permudahkan rakyat Mesir dalam pembentukan perlembagaan negara mereka. ‘’Do you know what this is? This is the finger print marks for the election, hoping that it will bring good outcome, insyaAllah biiznillah’’ Dr Khaled Hamdy, MD, insyaallah, insyaallah,

:)

Friday, November 9, 2012

Lub Dub








Alhamdulillah dalam minggu ini, kami diberi peluang dalam sesi kelas klinikal untuk mendengar degupan jantung seorang pakcik berusia dalam 20-30 tahun. Istimewanya kali ini, kami berpeluang untuk mendengar dengan bantuan doktor pakar dalam unit Cardiology Hospital Ain Shams.

Organ sebesar penumbuk ini mampu mengepam darah ke seluruh badan secara ritma serta dibantu dengan perubahan hormon dalam badan. Subhanallah hebatnya ciptaan Ilahi.

Jantung pakcik ini mempunyai pacemaker(alat perentak jantung). Degupan jantung beliau sangat jelas sehingga boleh dirasai menggunakan hujung jari ke kawasan yang berkaitan. Hal ini di samping doktor memberi panduan mengenai bunyi 'murmur' , anomaly yang kami mesti dapat kenal pasti. Sempurnanya ciptaan Allah sehingga degupan jantung yang normal amat tersembunyi.

usaha bersungguh-sungguh,sehingga degupan jantung ini terhenti. :)

semoga dipermudahkan segalanya. doakan kami cemerlang!
InsyaAllah amin.


p/s: littman steth, akhirnya dapat digunakan sebaiknya. steth pertama buat diri ini, semoga bermanfaat insyaAllah.^^

Wednesday, November 7, 2012

Jendela





AdaMu- Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan



Lagu yang bermain di minda sepanjang perjalanan kembali ke Cairo. Hati kecil ini berdoa semoga ibu ayah aman, mong, yam, bobo dalam jagaanMu ya rabb.Semoga dipermudahkan segalanya. :)

InsyaAllah.

Thursday, November 1, 2012

Kembali











Assalamualaikum

Alhamdulillah penulis dan rakan-rakan seperjuangan menamatkan tahun empat perubatan dengan kejayaan. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga kejayaan kami menjadi pembakar semangat bagi mengharungi onak duri di tahun lima pula.

Sepanjang perjalanan penulis bersama rakan ke Mesir, penulis sempat merakamkan memori dengan mengambil beberapa gambar. Apabila diamati kembali sudah berkali-kali menghadapi dugaan ini. Antara detik-detik dalam kehidupan yang membuatkan penulis kembali kepada pencipta. Apa pun boleh berlaku sepanjang perjalanan. Subhanallah sehingga hari ini Allah memelihara diri ini.

Tahun ini ibu ayah adik-adik berpesan untuk mengambil seberapa banyak gambar yang boleh. Gambar di perkarangan university dan hospital. Insyaaallah ibu.. insyaAllah.. apa pun untuk ibu ayah adik-adik.


Setakat ini round Endocrinology dan Nephrology telah tamat. Bakal memulakan semula perjuangan setelah bercuti selama seminggu dengan round Hematology  sebelum end-round exam.

Kesusahan dalam mengingati pelajaran merupakan lumrah dalam setiap diri pelajar. Usaha dan tawakal kunci kejayaan. Usaha sehabis baik. InsyaAllah akan membuahkan hasil yang terbaik. Ingat janji Allah pada hambaNya yang berusaha dan sentiasa berzikir mengingatiNya.

‘’Kakak nda nangis kan sayang.Bah ok nak jaga diri ya. Ingat pesan ibu. Ingat Allah. Beri tumpuan. Kakak anak ibu yang hebat’’ 15/10/2012, 5.44pm (waktu Malaysia)..mesej daripada ibu setibanya di perkarangan Terminal 1 Cairo International Airport. 

Kakak sayang ibu juga. Doakan kejayaan kakak dan kawan-kawan ya ibu.Doakan kami jadi para doktor yang cemerlang.

Doakan kejayaan kami. Gen8 ASU.
Semoga dipermudahkan!
Assalamualaikum. Till then~

Saturday, June 9, 2012

mut'mainnah


''Wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan-golongan hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu''
(surah Al- Fajr ayat 27-30)


.....


bergetar hati mendengar ayat-ayat terakhir surah ini.
bagaikan berinteraksi dengan pencipta yang Maha Agung.

di kala peperiksaan akhir tahun semakin hampir, normal untuk seorang pelajar merasakan tekanan.
selagi tekanan tersebut pada kadar yang terkawal, apa salahnya.

ada di antara sahabat yang berkata,

''mau suruh ika balik la tu, kembali pada ibu ayah di malaysia, hehe''

**senyum**

mungkin? ibu ayah, doakan  kejayaan anakmu ini.





sememangnya dengan menghayati mukjizat baginda, hati-hati umatnya menjadi tenang.
setenang lautan tidak bertepi, setenang langit ilahi tika fajar menyinsing.



di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang baru menamatkan pengajian.

semoga dengan kepulangan kalian, agama Allah dapat ditegakkan, malah jahiliyyah dilemahkan.
biiznillah.


tidak kurang juga buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga,
semoga redha Allah dapat diraih dengan rumah tangga yang dibina.


buat yang bakal dan yang telah melahirkan pula,
semoga  dipermudahkan urusan, membentuk para syuhada, khalifah di bumi Allah.


diri ini cuma mampu tersenyum, mengucap kalimah syukur di hati,
alhamdulillah, alhamdulillah.

walaupun belum boleh dikira selamat,
setidak-tidaknya, mereka telah memenuhi separuh dari agama dengan perkahwinan,
malah mengikuti sunnah kekasih Allah. :)



seperti biasa,penulis masih lagi,
bergelumang dengan buku-buku,
menghadiri kelas-kelas di universiti, serta amali di hospital,
bakal menghadapi imtihan akhir tahun pula.

apabila dikenangkan kembali,
imtihan di universiti cuma imtihan-imtihan kecil yang bakal ditempuh dalam kehidupan ini.
kalau ujian sebegini pun tidak mampu diuruskan dengan baik,
bagaimana pula jika ujian yang lebih besar menjengah kehidupan.


persinggahan seterusnya?


 
 ''kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha, dan diredhai TuhanMu''


.............




sahabat-sahabat penulis baru sahaja pulang daripada Atabah dan suk El-Khalili,
membeli buah tangan untuk yang tersayang di tanah air.
''sukan'' membeli buah tangan.
note: jubah dan tudung mesir sangat murah dan cantik. :)
rambang mata!

bagasi besar diturunkan ke lantai bilik.
dibuka semula.
mula mengisi.


semoga mereka selamat sampai.
doa penulis mengiringi perjalanan kalian.
jika ini akhir pertemuan kita di dunia,
mudah-mudahan dengan redhaNya
Allah izinkan kita bersama di syurgaNya.



hamba yang kuat itu lebih disayangi Allah.
usaha sungguh-sungguh!


:)




 







Monday, May 28, 2012

matahari, bulan, siang, malam


Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy Syams:9-10)

hidayah milik Allah, rahsia pencipta.

umpamanya, hari ini kita baik, orang lain jahat, esok? mungkin kedudukan kita berubah dengan orang yang kita anggap jahat.

ustazah menceritakan bagaimana Allah terbalikkan bumi, akibat daripada kejahatan kaum Tsamud.

hati menjadi tertarik, tatkala mendengar  kisah ini, diceritakan oleh bangsa Arab sendiri(kaum Tsamud merupakan bangsa arab, dari Saudi).

bayangkanlah, dengan kuasa Allah, unta gergasi keluar dari sebuah gunung berbatu, subhanallah.


kerasnya hati kaum Tsamud, sedangkan hati orang yang beriman itu, akan tersentuh dengan sekecil-kecil peringatan, teguran.


walaupun tidak semua perkataan yang keluar dari ustazah difahami dengan baik(bahasa arab fushah),
hati ini tidak putus-putus dengan lafaz 'alhamdulillah' di hati. tidak semua mendapat peluang sebegini.

terima kasih ustazah huda. :)

apa-apa yang Allah rezekikan itu juga merupakan suatu bentuk amanah. hatta tubuh badan kita sekalipun adalah amanah. apa lagi khazanah ilmu yang diperdengarkan oleh guru.

semoga sentiasa dalam jalan ini, sentiasa mencari kebaikan buat iman yang sentiasa turun naik.
semoga dapat memegang amanah  Allah dengan sebaik-baiknya.


''aku hanya.. ada Allah''


Sunday, May 27, 2012

buka




''sungguh Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, agar Allah memberikan ampunan kepadamu (Muhammad)atas dosamu yang lalu, dan yang akan datang,serta menyempurnakan nikmatNya atasmu, dan menunjukkanmu ke jalan yang lurus, dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)'' (surah al-fath 1-3)




yakin dengan rahmat, janji Allah, dalam segala hal.




bersangka baiklah dengan Allah, walaupun dengan seburuk-buruk kejadian.
jangan pernah berhenti berdoa, malah berdoa seiring dengan kuatnya usaha.


jangan mudah melatah dengan masalah orang lain, anggap semua itu kecil.


never fail to see the bigger picture.
kena kuatkan diri dahulu baru dapat menguatkan orang lain.


Allah jadikan kamu untuk perkara ''besar'', kenapa perlu terjejas dengan perkara ''kecil''?
Allah tidak akan uji kamu, untuk sesuatu yang kamu tidak dapat atasi.



setiap masalah, Allah hadirkan penyelesaian, kita mesti usaha, cari sedapat mungkin.


jangan takut untuk bersendirian, malah bersyukurlah, kerana semakin terasa Allah di sisi.
semakin kuat kebergantungan pada Allah.

passion will give you lots of chances in the future. it keeps you moving forward.
you'll become a great doctor insyaAllah. biiznillah.

:)

jangan pernah putus asa. jangan berhenti usaha!
usaha itu tanda diri yakin dengan janji Allah.




ok?

^^


doakan!


''aku hanya ada Allah.. ''

Sunday, May 13, 2012

healing hearts



It rarely rains in cairo city, you won't be able to see clouds much.

That's why, I miss my hometown.

Believe me, I really do.

I grow up in a small town, near my grandma's house.basically, I prefer kampung's life.

Here are some photos, using my hp camera.

It rains, alhamdulillah!

Allah created everything in a perfect way, tears, rains.
In my opinion, rains heals ones soul,
makes you feel relieve, able to think better.

I love running in the rain,overwhelming joy,

 peace.**can't stop smiling**

Sitting back, cherishing the moment, praying hard.. :)
till it stops.. rainbow? almost, its not complete, but its there n_n

smile, smile, smile. mm. n_n

Alhamdulillah. n_n






see? its rainbow. n_n

merah

''maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran? Sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya. (an-nisa: 82)


Umpama terkena batang hidung sendiri, diri mula berteka-teki. Selama ini, adakah kalam-kalam Allah ini dihayati dengan sebaiknya?

Alasan? Ini bukan bidang saya.

Tapi, bukankah kamu juga mengucap kalimah syahadah?

Adakah diri ini beriman dengan sebenar-benarnya dalam keadaan tidak memahami Al-Quran dengan baik? Subhanallah.

Terkedu, termenung seketika.

Ingatlah, hati seorang mukmin itu, hanya memerlukan sedikit teguran, untuk dirinya berubah menjadi lebih baik.

Semoga sentiasa direzekikan untuk mendalami dengan lebih lagi. Apa yang penting, usaha yang tidak mengenal jemu.

‘’Amalan yang disukai Allah ialah pekerjaan berterusan (istiqamah) sekalipun sedikit’’
(hadith riwayat bukhari dan muslim)

InsyaAllah, biiznillah, yang penting keikhlasan kita dalam apa pun.
(nasihat ibu untuk kakak selalu, sayang ibu)

Kurang dari sebulan lagi, Gen8ASU akan menghadapi final exam. Doakan penulis dan rakan-rakan cemerlang.

Semoga redha Allah selalu bersama kami.
n_n



 ''Allah engkau dekat, penuh kasih sayang, takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis...''
cahaya hati-opick

p/s : merah, tanda semangat yang membara untuk exam! insyaAllah. semoga tidak pernah padam api semangat ini. hehe. doakan-doakan. n_n



Wednesday, April 11, 2012

with every breath I solemnly promise

"I Love You So"
I pray to God
With my heart, Soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so

[Chorus:]
Now I know how it’s like
To have You precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

[Chorus]

 

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You [x2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You

[Chorus]


Maher Zain, I love you so.


For some reason, I cried listening to this song. I guess since final exam is just around the corner, my to-do-list hasn’t decreased much. I think the list would become longer very soon. Here I am, trying to concentrate, reading and reading. Writing this and that. Then, mental block, o Allah, what to do, lying on my bed, headphone, listening to this till I fell asleep. Then, epiphora!

Crying, lyrics are like in ‘repeat mode’ in my head. I feel peace,

Alhamdulillah, Allah never create something non-beneficial, in fact even drops of tears clears your head, tears of joy, knowing that each day, Allah will always be by your side.

To-do list, alright, let see, finish this and that, one by one. I’ll get it done, biiznillah.

Allah, guide me all the way to Your jannah, don’t let me go astray.

Allah, I love you so. 

:)

Sunday, April 8, 2012

sekeping hati, sekeping daging


Sebahagian soalan yang sempat ditanya oleh moderator, Dr Effy Saiful sementara menantikan juruteknikal membaik pulih P.A system yang bermasalah ketika majlis berlangsung. 
 
S: Ada sebahagian daripada kita yang masuk bidang perubatan untuk mendapatkan status tinggi di kalangan masyarakat. Tak kurang juga kerana harta atau perkara duniawi lain seperti harta kekayaan, Nobel Price dsb. Apa pendapat Sheikh jika ia dilakukan dengan alasan supaya mudah untuk berdakwah dan infaq fi sabilillah nanti?

J: Sebab itu sangat perlu kepada tajdid niat (pembaharuan niat). Kebanyakan orang beralasan begitu hanya sekadar kerana mahu menjustifikasi keinginannya untuk menjadi kaya dan terkenal. Sebaik mana pun niat kamu, ia tidak menghalalkan perbuatan kamu mengambil duit daripada pesakit lebih daripada kadarnya.

Bagaimana jika pesakit seorang yang miskin dan tiada duit? Adakah kamu tak akan merawatnya?

Tiada gunanya mengejar sesuatu yang telahpun ditetapkan untuk kamu (harta) tetapi meninggalkan apa yang sepatutnya perlu dikejar dan diusahakan (kepakaran).

Sebelum hidup selesa, perlu melalui satu tempoh yang penuh dengan cabaran. Yang penting ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Insya Allah, Tuhan akan menjamin rezeki kamu kelak.

***

S: Apakah sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang doktor untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidangnya?

J: Pertama, sifat rahmah. Pandang semua makhluk Allah dengan kasih sayang. Hormati semua pesakit sesuai dengan status mereka sebagai manusia, bukannya sekadar sekeping daging.

Kedua, tawaduk dan rendah diri, sama ada kepada pesakit mahupun sesama rakan sekerja. Jangan hanya kerana kamu merasa ilmu kamu dah cukup tinggi, kamu bersikap sombong kepada mereka. Ilmu ini milik Allah dan kamu tidak layak untuk berbangga, sedangkan kita tak tahu berapa ramai yang lebih tinggi ilmunya daripada kita.

Ketiga, amanah kepada pesakit. Jika kita tak tahu, katakan tak tahu dan jangan buat-buat tahu. Refer pesakit kepada mereka yang lebih pakar.

Keempat, jangan kejarkan harta duniawi, kerana rezeki telahpun ditetapkan oleh Allah. Jika Allah nak bagi, larilah macam mana pun, tetap akan sampai rezeki tersebut. Sebaliknya jika Allah tak nak bagi, carilah macam mana pun, tetap tidak akan diberikan kepada kita.

Allah menjamin rezeki kita, tetapi tidak menjamin kepakaran kita. Maka utamakan apa yang perlu dicari terlebih dahulu dan yakin dengan Allah Taala.

Ya Allah, kurniakanlah rasa rendah diri dalam hati-hati kami.
Ya Allah, ikhlaskanlah hati kami dalam menuntut ilmuMu. 

:)
 




https://www.facebook.com/drzulaikha/posts/423192964373323?notif_t=like

Itqan


Beberapa hari ini, penulis bersama rakan-rakan menghabiskan masa menghadiri program-program yang diadakan oleh  PERUBATAN. Alhamdulillah pada kali ini, penulis berpeluang mendengar sendiri nasihat-nasihat yang diberikan oleh seorang pakar bedah terkemuka di Mesir. Hal yang demikian, kelebihannya bukan terletak pada pengetahuan perubatan,malah beliau merupakan seorang muhaddis.

Beliau adalah Syeikh Yusri Rushdi As-Sayid Jabr Al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli. Beliau merupakan Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta’limi, Kaherah  .Selain itu,beliau juga adalah imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam

.

Sedang asyik berbual dengan rakan-rakan, terdapat kelibat lelaki arab dengan ketinggian sederhana, menunaikan solat sunat di bahagian hadapan. Terdengar suara-suara di bahagian belakang ‘’syeikh dah sampai, syeikh dah sampai’’. Tenangnya wajah syeikh membuatkan penulis teringat akan ayah dan datuk di Malaysia. (kenapa ya penulis merasakan syeikh comel?) ^.^

Terlalu banyak yang dikongsikan oleh syeikh yusri, malah ada diantaranya yang membuatkan persoalan di fikiran penulis sejak dahulu terjawab. Berikut merupakan antara yang penulis dapat kongsikan.

1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah.

Imam Syafie berkata:

" Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)".


2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, jiwa dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.

4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.

5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tidak berguna, bukan makhluk Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluk Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.

6. Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.

7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.

8. Pastikan doktor Muslin ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

9. Saidina Ali menyebut:

" Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki".

10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan,aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati.

12. Pesanan untuk pelajar perubatan;
 tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah.

Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluk Allah ini perlulah hebat.

Ya Allah, tabahkan hati-hati kami dalam menuntut ilmu.
Ya Allah, rezekikan kami untuk sentiasa beribadat kepadaMu.
Ya Allah, jauhkan kami dari sifat putus asa dengan rahmatMu
Ya Allah, semoga kami kekal dengan apa yang telah Engkau tentukan buat kami.

:)