Saturday, January 14, 2012

ke sana sini (bahagian dua)

salam,

alhamdulillah. hari ini penulis bersama rakan-rakan berjaya menyiapkan semua tugasan field trip di buku hijau. ^_^

kali ini keseorangan berjalan seawal 7.50 pagi ke kuliah perubatan ain shams, abbasiyah. dengan suhu kurang dari 7 darjah celcius (anggota hampir semua kebas, sejuk tak terkata, fuh)

tiba sahaja di el Banhawy Hall. (aaa saya seorang ja ka tertinggal ni, bas da sampai!)
rupanya cuma kelibat pemandu bas sahaja, bayang Dr Wafaa dan Dr Rasya pun belum kelihatan.huhuhu.


wajah-wajah teruja seperti waktu lawatan di zaman persekolahan dulu. (comel-comel. ^^)
akhirnya, bas sekolah pelajar tahun 4 pun 'berlepas' menuju ke klinik Mahkama dan Seraya El-Koubba.
sejuk-sejuk! hu3.

 tugasan kumpulan 3 cuma tinggal ~

~Family Folders Room
~Health Office
~Pharmacy





file biru~dalam ini ada rekod kesihatan untuk satu family, comel kan?
ada banyak kad dalam ni, tapi confidential, jadi kad di atas ni cuma sample. hi3.
lelaki kuning, perempuan warna putih.
yang menariknya ada catatan tentang rumah berapa bilik, dan seorang berapa bilik, tentang consanguinity pun ada.. mm. ^^





oh ya, tugasan untuk health education poster?

 kumpulan kami pilih poster ini. ^_^

semasa di health office, kami diberi penerangan oleh Dr Rasya tentang bagaimana mereka menjalankan surveillance untuk acute flaccid paralysis. hal yang demikian, bagi mengenal pasti kes polio.ada jadual besar(sangat besar.hu3) di lekat di pintu ruang pejabat.

sementara menunggu kumpulan lain selesai, kami pun bergambar-gambar di ruang menunggu, dan perkarangan klinik.(kawan-kawan kata ada makcik senyum2 melihat gelagat kami bergambar2) hehe.

dalam perjalanan untuk menaiki bas pulang.terdengar laungan azan zohor. hum. awal juga habis hari ini.
apa pun, berakhirlah sesi lawatan kami sekelas, wuwuwu. kenangan yang tidak dapat dilupakan, seronoknya, subhanallah. ^_^
semoga kami semua menjadi dr yang baik dan hebat. insyaAllah amin. ^_^

doakan.

No comments:

Post a Comment