Assalamualaikum. :)
Terlalu lama
tidak update blog cahaya hati, terasa bagaikan suara hati penulisnya terhenti.
Umpama kapal yang karam dilautan. Ditenggelami air seakan tidak mampu lagi ke
permukaan. Bezanya hati penulis tidak mahu ke dasar semula dek kerana
‘tenggelamnya’ diri dalam kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Niat kembali ke
tanah air pada asalnya untuk membahagiakan keluarga. Membantu ibu ayah sebanyak
mungkin selagi termampu. Apabila niatkan sesuatu untuk redha Allah, semuanya
tampak mudah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. :)
Sedangkan Rasullullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
Beberapa ketika
setelah sampai ke bumi Sabah, dikhabarkan bahawa bilangan hari bercuti pula
bertambah. Tarikh peperiksaan akhir tahun pula teranjak ke satu tarikh yang
belum diketahui.
Subhanallah. Semangat
yang berkobar-kobar untuk menduduki peperiksaan menurun sedikit demi sedikit. Tambahan
pula melihat paparan berita saudara seagama di sana terbunuh. Diseksa,
ditembak, bermacam cara.
Di keheningan
pagi, terdetik di hati, mereka di sana kehilangan ibu, ayah, adik, abang,
kakak, sedangkan diri ini, duduk beribadat dengan selesa, bergelak ketawa
bersama keluarga. Udara pagi terasa menyegarkan. Mereka di sana terhidu gas
pemedih mata, Burning sensation pada mata, hidung, mulut, serta salur pernafasan. Bila high concentration digunakan, mereka akan mengalami masalah pernafasan seperti batuk, dan kesukaran bernafas. Sebilangan mereka yang menghidapi asthma serta chronic obstructive pulmonary disease (chronic bronchitis dan emphysema) berkemungkinan menghadapi komplikasi kesan daripada tear gas yang digunakan..
subhanallah. Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban, nikmat Tuhan
kamu yang manakah kamu dustakan.
Merindui suasana
kuliah, kunjungan ke wad bersama rakan-rakan seperjuangan, kesibukan menelaah
pelajaran,disamping menziarahi rumah sahabat di hujung minggu.
Masa mengunjungi wad kecemasan
Hospital Demerdash, kot putih, buku catatan kecil, pen sebatang, kad
pelajar. Suasana senja, menaiki metro
untuk pulang semula ke rumah.
Kedai buku university, kecil
namun memenuhi keperluan semua.
Saat menghadiri kelas-kelas para
syeikh yang dikasihi.
Merindui tazkirah di surau yang
menyentuh hati meskipun hanya sekejap, bersimpuh bersama rakan-rakan, mendengar
penuh perhatian.
Rindu, rindu, rindu!
‘’Kakak
berdoalah, semoga semua selamat, aman, kakak dengan kawan-kawan dapat balik
lagi sana, dapat belajar betul-betul, jangan berenti berdoa. Sekarang ni
belajar betul-betul di rumah’’ berulang kali ibu berpesan. Terima kasih ibu,
kakak sayang ibu :’)
‘’eh kakak nda
belajar ka?’’ usik ayah tika diri ini lalai menonton drama siaran Mustika.hehe
:)
Tahun ini,
adik-adik bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Doakan semoga keduanya
memperoleh kejayaan, mendapat kos yang mendekatkan diri pada pencipta. Kakak
sayang adek dan daim sangat-sangat.
Semoga penulis
dan rakan-rakan seperjuangan GEN8 ASU menjadi doktor-doktor yang cemerlang,
menjadi sebahagian daripada kemenangan Islam.
Semoga semangat
juang kami semakin menjulang tinggi meskipun cabaran yang mendatang. Sekuat iman
para sahabat ketika berperang menegakkan agama Allah.
Ameen. :)
p/s : sedangkan haiwan, tumbuh-tumbuhan serta seluruh isi alam bertasbih mensyukuri pencipta, inikan kita manusia, sebaik-baik ciptaan. alhamdulillah, alhamdulillah. :)