Assalamualaikum.
Hari demi hari,kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun
lima ain shams kian mencabar. Alhamdulillah cabaran yang mendatang mendekatkan
diri kepada Ilahi. Sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada pencipta bukan?
Genap seminggu keberadaan diri ini di Gastroentrology
Department El-Demardesh Hospital. Setiap round pelbagai ragam guru diperhati.
Dr Nevine Ibrahim yang mengendalikan
interactive session membentuk minda para pelajar. Terasa diri ini dilatih untuk
menjadi seperti Dr House.hehe
Hanya di Mesir, dr umpama dr house dalam rancangan bersiri
televisyen berlambak, terlalu ramai, subhanallah.
Alhamdulillah diberi
kesempatan untuk menghadiri kuliah guru-guru yang hebat seperti mereka, rasa
syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kta, menguatkan lagi semangat
untuk mengejar cita-cita. Semoga guru-guru kami sentiasa dalam redhaMu ya
Allah.
Dr Angie pula tekun mengajar dalam sesi ward.’’What is the
difference between acute and chronic renal failure patient?’’ ‘’rapidly..
rapidly!!’’.hehe ‘’Do the general examination please.’’ Do you know how to
spell it? .. Dr Angie spontan mencapai buku catatan serta pen di tangan,
menulis ejaan Treitz Ligament. :^^
Manisnya saat bersama dengan rakan-rakan menuntut ilmu namun kata-kata ayah menerpa di ruang minda,
kakak, kita bertemu untuk berpisah. Apa pun semoga diri ini kuat menghadapi
saat itu.
End-round exam untuk course Rheumatology dan GIT, Hepatology
adalah pada hari sabtu ini.
Semoga dipermudahkan. Usaha sungguh-sungguh!
Doakan kami. Gen8 ASU.
p/s : semoga Allah permudahkan rakyat Mesir dalam
pembentukan perlembagaan negara mereka. ‘’Do you know what this is? This is the
finger print marks for the election, hoping that it will bring good outcome,
insyaAllah biiznillah’’ Dr Khaled Hamdy, MD, insyaallah, insyaallah,
:)