Friday, November 9, 2012
Lub Dub
Alhamdulillah dalam minggu ini, kami diberi peluang dalam sesi kelas klinikal untuk mendengar degupan jantung seorang pakcik berusia dalam 20-30 tahun. Istimewanya kali ini, kami berpeluang untuk mendengar dengan bantuan doktor pakar dalam unit Cardiology Hospital Ain Shams.
Organ sebesar penumbuk ini mampu mengepam darah ke seluruh badan secara ritma serta dibantu dengan perubahan hormon dalam badan. Subhanallah hebatnya ciptaan Ilahi.
Jantung pakcik ini mempunyai pacemaker(alat perentak jantung). Degupan jantung beliau sangat jelas sehingga boleh dirasai menggunakan hujung jari ke kawasan yang berkaitan. Hal ini di samping doktor memberi panduan mengenai bunyi 'murmur' , anomaly yang kami mesti dapat kenal pasti. Sempurnanya ciptaan Allah sehingga degupan jantung yang normal amat tersembunyi.
usaha bersungguh-sungguh,sehingga degupan jantung ini terhenti. :)
semoga dipermudahkan segalanya. doakan kami cemerlang!
InsyaAllah amin.
p/s: littman steth, akhirnya dapat digunakan sebaiknya. steth pertama buat diri ini, semoga bermanfaat insyaAllah.^^
Wednesday, November 7, 2012
Jendela
AdaMu- Najwa Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Lagu yang bermain di minda sepanjang perjalanan kembali ke Cairo. Hati kecil ini berdoa semoga ibu ayah aman, mong, yam, bobo dalam jagaanMu ya rabb.Semoga dipermudahkan segalanya. :)
InsyaAllah.
Thursday, November 1, 2012
Kembali
Assalamualaikum
Alhamdulillah penulis dan rakan-rakan seperjuangan
menamatkan tahun empat perubatan dengan kejayaan. Alhamdulillah ala kulli hal.
Semoga kejayaan kami menjadi pembakar semangat bagi mengharungi onak duri di
tahun lima pula.
Sepanjang perjalanan penulis bersama rakan ke Mesir, penulis
sempat merakamkan memori dengan mengambil beberapa gambar. Apabila diamati
kembali sudah berkali-kali menghadapi dugaan ini. Antara detik-detik dalam
kehidupan yang membuatkan penulis kembali kepada pencipta. Apa pun boleh berlaku
sepanjang perjalanan. Subhanallah sehingga hari ini Allah memelihara diri ini.
Tahun ini ibu ayah adik-adik berpesan untuk mengambil
seberapa banyak gambar yang boleh. Gambar di perkarangan university dan
hospital. Insyaaallah ibu.. insyaAllah.. apa pun untuk ibu ayah adik-adik.
Setakat ini round Endocrinology dan Nephrology telah tamat.
Bakal memulakan semula perjuangan setelah bercuti selama seminggu dengan round Hematology sebelum end-round exam.
Kesusahan dalam mengingati pelajaran merupakan lumrah dalam
setiap diri pelajar. Usaha dan tawakal kunci kejayaan. Usaha sehabis baik.
InsyaAllah akan membuahkan hasil yang terbaik. Ingat janji Allah pada hambaNya
yang berusaha dan sentiasa berzikir mengingatiNya.
‘’Kakak nda nangis kan sayang.Bah ok nak jaga diri ya. Ingat
pesan ibu. Ingat Allah. Beri tumpuan. Kakak anak ibu yang hebat’’ 15/10/2012, 5.44pm
(waktu Malaysia)..mesej daripada ibu setibanya di perkarangan Terminal 1 Cairo International Airport.
Kakak sayang ibu juga. Doakan kejayaan kakak dan kawan-kawan ya ibu.Doakan kami jadi para doktor yang cemerlang.
Doakan kejayaan kami. Gen8 ASU.
Semoga dipermudahkan!
Assalamualaikum. Till then~
Subscribe to:
Posts (Atom)